Politik

Dr. Mahathir, pemimpin pembangkang mahu Parlimen bersidang dua minggu

PENGERUSI Bersatu Tun Dr. Mahathir Mohamad serta pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan dan Warisan menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan sidang Parlimen penuh.

Dalam satu kenyataan bersama yang turut ditandatangani Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mahu sesi Palimen bersidang sekurang-kurangnya dua minggu.

Desakan tersebut dibuat berikutan langkah kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai hari ini.

“Keputusan ini bermakna pada perkiraan kerajaan wabak Civid-19 semakin terkawal dan beberapa aktiviti boleh dijalankan dengan syarat ia menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Bagi maksud perjalanan sidang Perlimen, SOP ini antara lain termasuk penjarakan sosial, memakai penutup muka, serta melakukan saringan Covid-19 bagi ahli-ahli Parlimen,” kata kenyataan tersebut.

Menurut mereka, tiada alasan atau halangan bagi Parlimen untuk bersidang penuh lebi dari sehari.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini memaklumkan Parlimen akan bersidang pada 18 Mei.

“Persidangan yang lebih panjang akan membolehkan perbahasan isu yang lebih mendalam serta membolehkan ahli-ahli Jemaah Menteri melaksanakan agenda legislatif kementerian masing-masing.

“Oleh yang demikian kami menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan sidang Parlimen penuh dengan menambah jumlah hari persidangan sekurang-kurangnya dua minggu,” kata kenyataan tersebut.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button