Nasional

Dr Mahathir janjikan undang-undang lebih baik ganti AUKU

KEMENTERIAN Pendidikan sedang giat melaksanakan usaha untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dan menggantikannya dengan undang-undang yang lebih baik dan komprehensif, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata usaha itu selaras dengan Janji 50 Kerajaan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan kewibawaan universiti awam dan pendidikan tinggi.

“Saya berharap agar akta baharu yang menggantikan AUKU kelak akan menjurus kepada kualiti dan kecemerlangan universiti bagi mewujudkan institut pengajian tinggi yang peka dan berupaya untuk bertindak balas dengan keperluan perubahan persekitaran,” katanya.

Pada majlis amanat dan aspirasi beliau bersama warga Kementerian Pendidikan di sini hari ini, Dr Mahathir juga melahirkan harapan agar Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) dapat diaktifkan semula untuk memantapkan sistem tadbir urus dan pengharmonian Akta Pendidikan Tinggi baharu yang sedang digubal.- BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button