Nasional

Dr. Mahathir dibenarkan keluar dari IJN

Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) hari ini setelah selesai menjalani beberapa prosedur perubatan.

IJN dalam kenyataan memaklumkan, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu keluar dari pusat rawatan tersebut pada pukul 3.45 petang ini.

“Beliau telah menyambung proses pemulihan di rumah. Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali merakamkan penghargaan terhadap semua pihak yang prihatin dan mendoakan sejak Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu,” kata kenyataan itu hari ini.

Dr. Mahathir dimasukkan ke IJN Jumaat lalu untuk prosedur perubatan elektif.

Pada 23 Disember 2021, beliau yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di IJN dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu.

Related Articles

Beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button