Hiburan

Dr. Jezamine failkan cerai ke atas Harith Iskander

DR. JAZEMINE Lim isteri kepada Harith Iskander didakwa sudah memfailkan cerai terhadap pelawak terkenal itu, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Memetik laporan HibGlam, difahamkan kes mereka bakal disebut dalam masa terdekat.

“Betul, saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Jezamine enggan memberi sebarang komen berhubung isu rumah tangganya dengan Harith.

“Tidak mahu beri sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan,” ujarnya lagi.

Related Articles

Ibu kepada tiga cahaya mata itu bagaimanapun dilihat bergambar di hadapan dewan mahkamah mengenakan jubah dan bertudung sambil ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button