JenayahNasionalNegeri

Doktor gigi KK Kangar ditemukan mati di bilik sewa

SEORANG doktor gigi ditemukan meninggal dunia di bilik sewanya di tingkat atas sebuah farmasi di Jalan Syed Raja Syed Alwi, Kangar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya telah menerima panggilan Mers 999 pada pukul 11.53 pagi ini bahawa terdapat seorang lelaki Cina tidak sedarkan diri di bilik sewanya pada bangunan berkenaan.

Katanya, mendiang Melvin Saw Jian Hao, 31 dari Gelugor, Pulau Pinang yang bertugas di Klinik Kesihatan (KK) Kangar ini telah ditemui dalam keadaan terbaring di atas katil.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut di kawasan tempat kejadian juga mendapati pada badan si mati tiada sebarang kesan lebam atau luka yang menjurus kepada berlakunya unsur jenayah.

“Si mati kemudiannya dibawa ke unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button