Luar Negara

Lebih 50 doktor di Itali maut, berperang dengan COVID-19 tanpa senjata

KERAJAAN Itali didakwa membiarkan para petugas kesihatan ‘memerangi’ COVID-19 tanpa menyediakan peralatan pelindungan diri (PPE) sehingga menyebabkan lebih 50 orang doktor maut dijangkiti virus tersebut.

Presiden Persatuan Doktor Itali  Filippo Anelli menggesa agar petugas kesihatan di negara itu dibekalkan dengan alat perlindungan diri bagi mengelakkan mereka dijangkiti ketika merawat pesakit.

“Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah melindungi pekerja penjagaan kesihatan, untuk memastikan mereka bukan penyebaran virus. Doktor kami telah dihantar ke peperangan tanpa senjata,” kata Anelli kepada The Financial Times.

Itali mempunyai jumlah kematian COVID-19 tertinggi di dunia itu 9,100 orang. Lebih 86,000 rakyatnya kini dijangkiti dengan wabak maut itu dan hampir 11,000 berjaya dipulihkan.

Sekurang-kurangnya 6,414 petugas penjagaan kesihatan di negara itu dilaporkan dijangkiti virus itu.

BACA:

Pada masa sama kerajaan Itali terus buntu apabila harapan wabak koronavirus menurun semalam tidak menjadi kenyataan apabila data menunjukkan jumlah kes baharu dan kematian terus meningkat – menyaksikan betapa sukarnya untuk membendung wabak tersebut.

Ketika ini mereka gagal menghalang penularan wabak itu dengan setiap hari kes baharu yang dicatatkan terus meningkat.

Jumlah kematian pula setiap menunjukkan angka yang membimbangkan malah menjadi negara dengan jumlah kematian akibat covid-19 terttinggi di  dunia.

Malah Itali dianggap sebagai pusat kepada wabak Covid-19 di Eropah ekoran jumlah kes dan kematian yang tinggi diikuti oleh Sepanyol yang turut mencatatkan kematian yang tinggi.

Punca kepada kemudaratan itu ialah kerajaan Itali dikatakan lambat bertindak dan rakyat Itali degil tak ikut arahan maka sebab itu wabak merebak dengan cepat sampai tak terkawal.

Malah sikap dan budaya masyarakat Itali turut menyebabkan virus itu cepat merebak sementara masalah birokrasi menyebabkan tindakan tidak dapat dilakukan dengan pantas seperti China.

Itali kini diibaratkan seperti bom jangka wabak Covid-19. -SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button