Politik

Kit Siang gesa sidang tergempar Parlimen luluskan pakej rangsangan

PENASIHAT DAP Lim Kit Siang menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membolehkan Ahli Parlimen membahas dan meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan semalam.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, adalah wajar kelulusan Dewan Rakyat diperolehi kerana Muhyiddin mengakui bahawa kerajaan yang diterajuinya bukan kerajaan yang rakyat Malaysia undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dua tahun lalu.

“Atas sebab ini, adalah penting dan mustahak untuk Muhyiddin diingatkan bahawa Malaysia masih merupakan demokrasi berparlimen.

“Dia harus mengadakan sidang tergempar selama dua hari untuk meluluskan pakej rangsangan ekonominya supaya ia akan mempunyai kredibiliti dan legitimasi,” kata Kit Siang.

Kit Siang menegaskan sidang tergempar itu diadakan secepat mungkin. Sidang tergempar itu tidak harus digunakan untuk tujuan lain sama ada untuk sesi soal jawab, undi “tidak percaya” terhadap Perdana Menteri atau pelantikan Speaker baru.

Perbahasan perlu difokuskan untuk meluluskan Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 bilion.

BACA:

Menurut Kit Siang, perbahasan itu juga akan membolehkan Ahli Parlimen menyampaikan pandangan rakyat mengenai perang yang tidak dapat dilihat terhadap virus COVID-19 dan krisis kesihatan awam, ekonomi dan krisis maklumat di Malaysia akibat serangan wabak tersebut.

Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) sebanyak RM250 bilion dengan matlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.

Jumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 bilion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2.0 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.-SM

(Visited 163 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button