Luar Negara

Disiplin rakyat Jepun gagal kekang Covid-19

DISIPLIN, tekun dan rajin adalah sikap cukup sinonim dengan rakyat Jepun yang dilihat sentiasa sibuk setiap hari.

Namun, sikap sedemikian menyebabkan wabak Koronavirus (Covid-19) terus meningkat sehingga melebihi 5,000 kes selepas perintah berkurung dilaksana.

[BACA] Saintis berpakaian seperti angkasawan dalam makmal virus Wuhan – Suara Merdeka

Sebanyak 92 kes baharu dilaporkan semalam menyebabkan jumlah jangkitan meningkat kepada 5,0002 kes.

Sementara kematian pula meningkat antara satu hingga 105 semalam.

Menurut laporan media NHK, tiada tanda-tanda penurunan jangkitan setiap hari sejak perintah berkurung dilaksana di Tokyo dan enam kawasan lain.

Bagaimanapun, pihak bekuasa Jepun tidak berhasrat untuk mengekang penularan wabak melalui perintah berkurung mandatori.

Hal demikian akan menyebabkan impak yang cukup besar terhadap ekonomi.

Bagaimanapun gabenor wilayah bersedia melaksanakan perintah mandatori sekiranya kerajaan pusat berbuat demikian.

[BACA] Sama ada PKP dilanjutkan, tunggu pengumuman PM hari ini – Suara Merdeka
[BACA] Kluster Turki -‘oversea’ menjengkelkan — Suara Merdeka

Pelaksanaan perintah tersebut akan membenarkan pemerintah wilayah memaksa orang ramai supaya duduk di rumah dan kedai serta semua perniagaan ditutup.

Portal Channel News Asia (CNA) yang memetik laporan Reuters menyatakan, bank pusat Jepun (BOJ) sudahpun memberi amaran pandemik wujudkan ketidakpastian terlalu tinggi terhadap ekonomi negaranya.

Sejak perintah darurat dilaksanakan, beberapa tempat seperti Shibuya, Akasaka dan Ginza menjadi sunyi pada waktu malam, walaupun terkenal sebagai lokasi yang meriah.

Walau bagaimanapun, beberapa tempat lain, aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa meskipun perintah darurat dikuatkuasakan.

HIDEAKI OMURA

Menurut gabenor Aichi, Hideaki Omura, beliau akan melaksanakan perintah darurat hari ini biarpun kawasannya tidak disenarai kerajaan pusat sebagai terlibat dengan perintah darurat.

[BACA] Wanita 23 tahun korban COVID-19 termuda Malaysia — Suara Merdeka
[BACA] COVID-19: ‘Kumpulan kayangan’ panggil petugas kesihatan dog, pencacai najis — Suara Merdeka

“Jika kita melihat apa yang sudah terjadi sepanjang seminggu lepas, keadaan tidak begitu baik. Jadi, lebih baik kita buat persediaan,” katanya. – Agensi

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button