Berita

Disangka anak hilang rupanya terperangkap dalam lif selama 11 jam

DISANGKA hilang rupanya dua kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang pada Isnin semalam terperangkap dalam lif selama 11 jam selepas beli pau.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Pangsaria Condominium, Desa Petaling Kuala Lumpur.

Mereka dilaporkan hilang kira-kira  2.15 petang, kanak-kanak yang bernama Muhammad Harith Absyar 10 tahun dan Muhammad Faiq Adiwira 11 terperangkap dalam lif sehingga 1 pagi Selasa.

Terdahulu, dua kanak-kanak yang bersekolah di SK Desa Petaling itu keluar dari rumah kira-kira pukul 2 petang untuk membeli pau namun sehingga pukul 7 malam, mereka masih belum pulang ke rumah.

Bimbang dengan keselamatan mereka, ahli keluarga mula melakukan pencarian bermula pukul 7.50 malam sebelum ditemui terperangkap dalam lif yang tersekat.

Related Articles

Mangsa mendedahkan bahawa mereka terperangkap di dalam lif tersebut dari pukul 2.15 petang hingga pukul 1 pagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button