Hiburan

Dimension juara LG XBoom Dance Battle pertama

NEGERI di bawah bayu, Sabah, telah menyaksikan kemuncak bakat, tenaga, dan kreativiti sempena pertandingan tarian LG XBOOM 3 vs 3 Open Style Dance Battle yang baru sahaja berakhir.

Acara tersebut telah berlangsung di Karamunsing Event Space di Kota Kinabalu dan telah berjaya menarik kehadiran seramai 45 peserta dari Malaysia Timur yang masing-masing bersaing untuk merebut gelaran berprestij dan peluang memenangi hadiah lumayan.

Kumpulan yang dikenali sebagai Dimension telah muncul sebagai juara acara sulung anjuran LG ini.

Bukan sekadar pertandingan tarian, acara ini telah menghimpunkan komuniti untuk meraikan seni tarian yang meriah dan pelbagai.

Dengan pertandingan gaya terbuka, para peserta perlu menari mengikut rentak lagu yang dimainkan secara rawak dan gaya tarian yang telah ditampilkan para peserta adalah seperti hip-hop, breaking, popping, jazz, dan banyak lagi.

Related Articles

Selepas enam pusingan pertandingan yang sengit, kumpulan Dimension telah dinobatkan sebagai juara dengan penyegerakan tarian dan kreativiti mereka yang mengagumkan barisan juri.

Kumpulan tersebut membawa pulang LG XBOOM XL7S bernilai RM2,299, dan LG XBOOM XL5S bernilai RM1,699,   dan hadiah wang tunai berjumlah RM1,500. Kumpulan Borneo Renegade merangkul naib johan manakala kumpulan Directors merangkul tempat ketiga dalam pertandingan ini.

Sorotan acara termasuk persembahan istimewa oleh krew tarian terkenal dari Malaysia Timur, sesi interaktif dengan panel juri, dan pameran teknologi audio terkini LG XBOOM.

Para hadirin juga berpeluang menikmati kualiti audio unggul LG XBOOM melalui demonstrasi secara langsung dan sesi perkongsian produk.

“The LG XBOOM Dance Battle telah mencatatkan kejayaan yang luar biasa dengan penghimpunan para penari berbakat dan peminat seni tarian dalam acara istimewa yang meraikan semangat kreativiti budaya persaingan. Kami sangat teruja dengan kehadiran yang ramai dan bakat luar biasa yang ditunjukkan oleh semua peserta.

“LG berbesar hati untuk menyokong dan mempromosikan komuniti tarian dengan teknologi audio kami,” kata Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Kejayaan LG XBOOM Dance Battle telah menetapkan penanda aras yang baharu dalam dunia pertandingan tarian, dan LG bertekad untuk mengadakan edisi yang lebih hebat pada masa akan datang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button