TUJUH sekeluarga maut selepas kenderaan yang mereka naiki menjadi sasaran roket sekutu Bashar al Assad, Rusia, di barat Idlib baru-baru ini.
Yang terkorban dalam kejadian itu ialah tiga kanak-kanak, dua lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa dalam serangan pada 8 April lalu.
Pergolakan yang berlaku di barat Idlib masih berterusan seolah-olah tiada penghujungnya dan ribuan mangsa yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. – SM