Hiburan

Dakwaan langgar SOP, Neelofa minta maaf dan terbuka dengan sebarang tindakan

SELEBRITI dan usawahan, Neelofa memohon maaf berkenaan dengan dua isu melibatkan dirinya iaitu dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan kehadirannya di Pulau Langkawi, Kedai baru-baru ini.

Menurut Neelofa, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan dan bersikap terbuka terhadap sebarang keputusan yang bakal diambil tindakan pihak berkuasa.

“Saya ingin memberi pencerahan berhubung dua perkara mengenai majlis perkahwinan saya baru-baru ini dan isu rentas negeri ke Langkawi.

“Saya tampil memberi kenyataan hari ini kerana saya dan suami serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak sudah menghadiri ke Balai Polis Dang Wangi untuk memberi kerjasama dan keterangan untuk bantu siasatan pihak berkuasa,” katanya dalam satu rakaman video yang dihantar ke wartawan hari ini.

Neelofa juga memberitahu yang dia, suami dan keluarganya telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan pada hari ini.

Jelasnya, dia sedar terdapat banyak cerita berkenaan dua isu tersebut dan dia dengan seikhlas hati ingin memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan mahupun di luar pengetahuan saya berhubung dua isu ini.

“Saya dan suami mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya.

“Saya sekali lagi nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti mengenai hal ini terhadap semua pihak.

“Saya akui ada banyak perkara saya terlepas pandang. Sepatutnya saya beri contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberitahu yang Neelofa dan pasangannya didapati telah melanggar SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) jika dilihat menerusi rakaman video yang tular di laman sosial.

Selain itu, majlis perkahwinan Neelofa dan Haris Ismail pada 27 Mac lalu juga tular di laman sosial selepas netizen mempersoal tindakan tetamu yang dilihat tidak patuh SOP. -SM

(Visited 246 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button