Hiburan

Diana Danielle mencari cara bantu Pendidikan Pelajar

PELAKON jelita, Diana Danielle, baru-baru ini menyatakan hasrat murninya untuk membantu pelajar yang kurang mampu dengan membiayai kos pendidikan mereka. Dalam satu hantaran di platform X, Diana, yang nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, meminta pandangan warganet tentang cara menyalurkan sumbangan tersebut.

“Bolehkah anda bantu saya? Bagaimana saya dapat membantu biaya pelajaran adik-adik di sekolah dan universiti? Bagaimana cara untuk memberi kepada mereka yang memerlukan?” tulisnya.

Ruang komen dipenuhi dengan pelbagai cadangan daripada warganet yang memberikan senarai universiti dan institusi bantuan pendidikan sebagai rujukan. Ramai yang memuji niat baik pelakon filem Magika itu dalam usaha meringankan beban pelajar.

“Bestnya berduit. Semoga Allah membalas kebaikan ini dan semoga saya juga dapat melakukan kebaikan seperti ini,” antara komen yang diterima.

Diana kemudian membalas dengan menjelaskan bahawa dia memahami situasi pelajar yang kurang berkemampuan.

“Saya tidak kaya, tetapi cukup untuk keluarga. Saya faham nasib mereka yang tiada sumber kewangan untuk belajar. Saya bukan hanya memikirkan pelajar universiti; pelajar sekolah rendah juga boleh dibantu. Mana-mana yang menghadapi kekangan, kita boleh memberikan bantuan,” jelasnya.

Inisiatif Diana ini menunjukkan kepeduliannya terhadap pendidikan dan harapannya untuk membantu mereka yang memerlukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button