Rencah Hidup

Dewi dedah punca ditawarkan jadi isteri kedua Jofliam

SEORANG wanita yang dikaitkan dengan hubungan bersama pempengaruh Jofliam, iaitu Dewi, telah tampil memberikan penjelasan mengenai sebab utama dia ditawarkan untuk menjadi isteri kedua.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Dewi, atau nama penuhnya Emira Delyati Dewi, membalas tuduhan seorang warganet yang mendakwa dia sebagai punca keruntuhan rumah tangga Jofliam.

Dewi menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai konflik tersebut kerana ia turut melibatkan hal rumah tangganya sendiri.

“Saya tak boleh dedahkan semua perkara sebab ia melibatkan rumah tangga saya. Saya tak suka hebahkan hal peribadi ini di media sosial,” jelasnya.

Dewi turut mendakwa bahawa bekas isteri Jofliam, Cik Epal, adalah punca kepada masalah rumah tangganya dahulu.

“Saya pada awalnya tak mahu bertemu dengan Cik Epal kerana dia telah memusnahkan perkahwinan saya dahulu, gara-gara fitnah yang dibuat. Malah, ketika bertemu, dia menangis,” ujar Dewi.

Dewi juga mendakwa bahawa Cik Epal sendiri yang menawarkan untuk menjadikannya isteri kedua kepada Jofliam sebagai cara untuk menebus kesilapan yang dilakukan.

Jofliam

“Cik Epal mengakui kesilapannya, kerana dia telah menyebabkan keruntuhan rumah tangga saya dahulu, dan kini rumah tangganya pula musnah. Atas sebab itu, dia menawarkan saya untuk menjadi isteri kedua Jofliam sebagai penebusan,” kata Dewi, yang turut mendakwa memiliki bukti dalam bentuk perbualan WhatsApp.

Sebelum ini, dalam sebuah program, Dewi mendedahkan bahawa tawaran tersebut dibuat secara langsung oleh Cik Epal.

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan bahawa perkahwinannya bersama Jofliam, yang bertahan selama 10 tahun, telah berakhir dengan perceraian. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua orang anak, Han dan Yuki.

Artikle Berkaitan :>

Cik Epal akan ‘Mendonia’ lepas habis Iddah, tak nak duda marah

Konflik rumah tangga Cik Epal enggan dedah rahsia, Jofliam nafi tuduhan curang

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button