Kesihatan

Destina 1 memperkenalkan teknologi baru dalam meningkatkan kesihatan

DESTINA 1 international memperkenalkan teknologi baharu untuk meningkatkan kesihatan dan gaya hidup yang baik dengan berinovatif iaitu ‘’Uniwave By Quantes Technology’’.

Uniwave by Quantes Technology merupakan teknologi inovatif yang membantu mempertingkatkan kesihatan sel manusia, mengoptimumkan tenaga badan serta melindungi daripada radiasi.

Menurut Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif, Datuk Sri Barani Karunakaran,ia boleh membantu mengatasi pelbagai masalah kesihatan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia kini.

Malahan Destina 1 juga telah berkolaborasi bersama pemain legenda badminton negara iaitu, Datuk Dr Misbun Sidek dan Datuk Seri Jalani Sidek bagi memperkenalkan dan mempromosikan manfaat produk tersebut.

“Kedua-dua legenda badminton secara peribadi mengalami peningkatan yang ketara dalam tahap kesihatan secara keseluruhan dan prestasi sukan mereka melalui penggunaan produk Destina 1.

“Oleh itu, kami bawakan Program Kesedaran Kesihatan dan Program Jelajah Malaysia bersama The Sidek’s menampilkan legenda ini untuk berkongsi pandangan tentang pentingnya menjaga kesihatan dan akan berkongsi manfaat-manfaat kesejahteraan yang mereka menikmati melalui penggunaan produk Destina1,” katanya pada sidang media yang berlangsung semalam di Puchong, Selangor.

Tambahnya lagi, program live pada setiap minggu di media sosial juga akan menampilkan ikon sukan negara ini, menawarkan petua kesihatan dengan berinteraksi dengan penonton.

“Inisiatif ini akan meliputi Malaysia dan akan melanjut ke negara jiran seperti Indonesia, Singapura, dan Filipina.

“Kami nak bantu bukan saja dalam bahkan masyarakat di luar agar memberikan penyelesaian kesihatan komprehensif dan membimbing mereka dalam mengamalkan gaya hidup sihat melalui penggunaan produk-produk berteknologi yang inovatif ini.

“Destina1 juga akan memperkenalkan rangkaian produk The Sidek’s termasuk gelang Uniwave by Quantes Technology yang dihasilkan oleh Kritalia & Co, barang kemas eksklusif buatan Itali,” ujarnya.

Destina1 International juga menawarkan pelbagai program kesedaran kesihatan, perundingan kesihatan percuma dan platform perniagaan untuk melahirkan lebih banyak usahawan sosial melalui program keusahawanan sosial.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai untuk tidak melepaskan peluang berinteraksi dengan dua legenda sukan tanah air itu dengan menyertai program ini di platform TikTok, Facebook dan Instagram di akaun rasmi Destina 1 International @destina1global.

Bagi pembaca yang ingin ketahui lebih lanjut tentang kelebihan produk ini boleh layari www.destina1.com atau e-mel kepada [email protected] atau di talian 01110261789 / +601110261789/ +6019 4033354.

Artikle Berkaitan :>

Malaysia Genomics Rangsang Teknologi Kesihatan Ke Sukan Bola Sepak

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button