Dengan hanya makan Sushi King sahaja suri rumah ini berjaya raih percutian ke Jepun
Syarikat Sushi King rangkaian sushi Jepun Halal berjaya mengumpulkan lebih dari 50,000 pelanggan sepanjang bulan Mei dengan penyertaan dari ahli program kesetiaan menerusi aplikasi Sushi King.
Satu majlis yang bertempat di Sunway Pyramid diadakan bersempena meraihkan pemenang bagi kempen 1 Million Happy Member dengan lawatan ke Jepun.
Antara pemenang yang bertuah dalam program ini adalah, Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun, bagi pemenang utama pula adalah seorang suri rumah Vyvian Elvy Jefry, warga Sabah, yang telah memenangi hadiah utama percutian ke Jepun ketika menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang.
Malah Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan!.
Menurut Pengarah urusan Sushi King Sdn Bhd, Mr Hiroki Mori, melalui kempen ini, secara tidak langsung dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli di mana menikmati hidangan Sushi King sambil berpeluang mendapat ganjaran.
“ Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan,” katanya.
Selain itu Sushi King bakal memperkenalkan promosi dan penawaran menu baru, antaranya ialah Japonica Unagi Gred Premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang.
Muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com. Ikuti Sushi King di Facebook (@sushikingasia) dan Instagram (@sushikingmalaysia) untuk sentiasa menerima maklumat terkini tentang kempen dan promosi mereka.
Artikle Berkaitan :>
Pameran “Japan Traditional Dolls” di PTSFP UniMAP 2-30 Jun
Saham Asia cecah paras terendah, dolar AS melonjak ke paras tertinggi!