Ekonomi

DC HEALTHCARE REKOD 65 PERATUS LONJAKAN KEUNTUNGAN SEBELUM CUKAI

KUALA LUMPUR 29 – DC Healthcare Holdings Berhad (“DC Healthcare” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum, mengumumkan keuntungan sebelum cukai meningkat sebanyak 65%, berjumlah RM5.27 juta, berbanding RM3.19 juta pada suku sebelumnya untuk suku kewangan semasa berakhir 30 Jun 2023

Kumpulan mencapai peningkatan hasil suku ke suku 6.43%, berjumlah RM17.89 juta. Perkhidmatan estetik terus menjadi pemacu utama, menyumbang 89.00% kepada jumlah hasil.

Pertumbuhan ini menggambarkan keberkesanan DC Healthcare dalam memanfaatkan peningkatan hasil untuk menjana keuntungan yang ketara. Keuntungan keseluruhan selepas cukai (PAT) bagi tempoh semasa ialah RM4.02 juta, dengan PAT tahun sehingga kini mencecah RM6.37 juta.

Pengarah Urusannya, Dr. Chong Tze Sheng berkata, penambahan dua klinik baharu pada separuh pertama tahun, menjadikan jumlah kepada 13 klinik dan juga peningkatan dalam bilangan rawatan yang disediakan, telah memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ini.

“Ia bukan sahaja mencerminkan komitmen kami untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kami tetapi juga menekankan kepercayaan kami terhadap kualiti penjagaan yang kami sediakan,” katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, dengan pasaran perubatan estetik Malaysia diunjurkan mencatatkan CAGR sebanyak 18.8 peratus dari 2021 hingga 2027, prospek syarikat dalam industri perkhidmatan perubatan estetik kekal menggalakkan.

“Pengembangan kami yang dirancang di wilayah Selatan dan Utara, ditambah dengan pelaburan dalam teknologi dan kakitangan mahir, menggariskan keyakinan kami terhadap kekuatan daya saing kami dan prospek industri yang menggalakkan,” ujarnya.

Bagi tempoh kewangan sehingga tarikh berakhir 30 Jun 2023, jumlah hasil Kumpulan berjumlah RM34.70 juta, dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM8.46 juta.

Melangkah ke hadapan, strategi DC Healthcare terus memfokus pada perniagaan terasnya. Kumpulan merancang untuk mengembangkan klinik sedia ada, mengukuhkan kakitangan perubatan, dan terus meningkatkan teknologi untuk menyokong pertumbuhan dalam pasaran perubatan estetik.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button