BEKAS Pendana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa songlap duit daripada syarikat SRC yang bernilai RM42 Juta membuat sumpah laknat di dalam Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur malam tadi selepas menunaikan solat Isyak berjemaah.
Najib juga bersumpah bahawa beliau tidak mengetahui secara khusus atau sebaliknya tentang dana tersebut.
Bacaan doa munajat dan solat hajat turut diadakan agar proses rayuan akhir kes Najib di Mahkamah Persekutuan berjalan dengan lancar.
Rayuan akhir kes tersebut dijadualkan pada 22 Ogos ini (hari ini). – SM