Banjir

Datuk terkedu kereta mewah ditelan air banjir kilat di Ipoh

HUJUNG minggu lalu menjadi detik hitam buat seorang ahli perniagaan, Datuk Amaluddin Mohamed Ismail, 63, apabila banjir kilat yang melanda Arena Kepayang Putra, Fair Park, merosakkan deretan kereta mewah miliknya.

Air yang naik mendadak setinggi lebih satu meter dalam tempoh singkat bukan sahaja menenggelamkan kawasan perumahan tetapi juga melenyapkan segala usaha menyelamatkan kenderaan bernilai tinggi tersebut.

“Kami sekeluarga tak menjangka air naik begitu cepat. Dalam masa sejam, dari paras buku lali, ia melonjak melebihi satu meter,” luah Datuk Amaluddin dengan nada kecewa. Beliau turut menyatakan bahawa sejak menetap di kawasan itu 28 tahun lalu, banjir adalah perkara biasa tetapi hanya setakat paras lutut.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi itu menyebabkan paras air naik mendadak melebihi satu meter dalam tempoh sejam, mengakibatkan beliau tidak sempat menyelamatkan kenderaan seperti Mercedes, Porsche, Alphard, Volvo, BMW, dan Honda.

Beliau yang telah menetap di kawasan itu selama 28 tahun menyatakan bahawa banjir bukan perkara luar biasa, namun ini kali pertama air naik setinggi itu.

Datuk Amaluddin hanya mampu menyaksikan kemusnahan tersebut dan berharap langkah pencegahan banjir lebih serius diambil untuk masa hadapan.

Sebelum ini, berita melaporkan lokasi berkenaan mengalami banjir kilat dan menenggelamkan lebih satu meter kawasan perumahan terbabit disebabkan hujan lebat sehingga berlaku limpahan air Sungai Kinta dan mengalir masuk ke kawasan perumahan itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button