Hiburan

Datuk Nash, Shahir, Mark Adam, Iwan Syahman ke akhir Hijrahkan Laguku

SETELAH tujuh minggu bertanding, Datuk Nash, Shahir Zawawi, Mark Adam dan Iwan Syahman layak ke peringkat akhir program Hijrahkan Laguku yang akan berlangsung pada 8 Januari ini.

Sekaligus menyaksikan dua penyingkiran dua peserta yang berada di kedudukan terbawah iaitu ZAF V.E. dan PG Adam pada minggu ketujuh.

Pada separuh akhir itu, Shahir yang menyanyikan lagu Salam Terakhir dendangan asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad diumumkan sebagai pemenang Bintang Qudwah dan membawa pulang RM3,000.

Selain itu, tempat Mark Adam pada minggu itu telah digantikan oleh Adeep Nahar, menerusi lagu Cahaya Mata nukilan Mark Adam dan isterinya.

Empat bintang yang layak ke peringkat akhir meluahkan rasa syukur akan keputusan juri tetapi sedih kerana kehilangan rakan seperjuangan.

Sementara itu, kesemua bintang program tersebut melahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menyertai program itu dan turut memuji insiatif TV AlHijrah dalam memberi mereka ruang untuk berdakwah melalui nyanyian.

Program yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Bell Ngasri turut menggunakan format 80% juri tetap dan 20% undian penonton.

Juri terdiri daripada Fauzi Marzuki, Ustaz Zul Ramli dan juri jemputan Isman Hijaz. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button