Hiburan
Datuk M. Nasir positif Covid-19
DATUK M. Nasir penyanyi dan komposer dikhabarkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.
Berita itu disahkan oleh isterinya, Datin Marlia Musa seperti mana yang dilaporkan oleh Gempak, hari ini.
“Ya benar, Datuk positif Covid-19 dan sekarang berada di rumah menjalani proses kuarantin.
“Saya juga jalani kuarantin,” katanya.
Dalam pada itu, Marlia memberitahu, suaminya dikesan dijangkiti Covid-19 selepas menjalani ujian sebanyak dua kali.
Katanya, ‘Datuk buat home kit test pagi semalam kerana bebetulan, dia sepatutnya ada program di Pesta Buku Selangor pada pukul 12.30 tengah hari semalam.
“Results home kit, positif. Kami terus buat PCR dan keputusan pada pagi ini, positif,” jelasnya. – SM