Politik

Dasar, mesej kerajaan perlu lebih agresif – Anwar

PAKATAN Harapan perlu mengenengahkan dasar yang mendekatkan kerajaan dengan rakyat khususnya masyarakat luar bandar.

Hal demikian cukup penting ekoran kekalahan komponennya Parti Warisan Sabah yang diwakili Datuk Karim Bujang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, mesej dan dasar kerajaan seharusnya lebih agresif supaya rakyat dapat menikmatinya.

“Mesej atau dasar yang ingin diketengahkan serta yang telah dilaksanakan kerajaan seharusnya lebih agresif dan mengesankan rakyat yang di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi status yang dimuat naik dalam Facebooknya malam tadi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut berkata PH perlu menerima kekalahan dalam PRK Kimanis.

Beliau berkata, tidak ada mana-mana pihak perlu dipersalahkan dan kerajaan perlu berusaha untuk memenangi semula hati rakyat.

Sebelum itu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menganggap kekalahan PH adalah disebabkan pengundi di Kimanis belum merasai kebaikan pemerintahan partinya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button