Nasional

Darurat: Tanggungjawab ahli Parlimen tidak berubah

TANGGUNGJAWAB dan kedudukan ahli Parlimen sebagai wakil rakyat tidak berubah serta berterusan dalam tempoh Proklamasi Darurat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, penggantungan sesi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan bermakna kedua-duanya dibubarkan.

“Hanya proses perundangan Dewan Rakyat tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh darurat.

“Oleh yang demikian, semua aktiviti apa-apa Kaukus atau Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia serta semua Jawatankuasa Pilihan Khas yang ditubuhkan masih boleh diteruskan, kecuali aktiviti tersebut dikekang oleh apa-apa ordinan yang bakal digubal oleh  Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa-kuasa baginda dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Parlimen Malaysia akan menunggu Ordinan Darurat yang akan digubal oleh Yang di-Pertuan Agong itu. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button