Ekonomi

Daripada merevolusikan perjalanan udara kepada syarikat teknologi unikorn: airasia rai transformasi 20 tahun

APABILA AirAsia ditubuhkan pada dua dekad lalu oleh Datuk Kamarudin Meranun dan Tan Sri Tony Fernandes, ramai yang tidak mampu untuk melakukan perjalanan udara dan destinasi seperti Chiang Rai, Thailand dan Bandung, Indonesia hampir tidak pernah didengari. Perjalanan di rantau Asean sendiri memerlukan beberapa hari merentasi daratan dan lautan.

AirAsia bermula dengan dua buah pesawat Boeing 737-300s, satu destinasi (Langkawi) dan hanya 250 Allstars mengharungi pelbagai cabaran seperti landasan lapangan terbang yang ditenggelami air, penerbangan tertangguh, serangan burung dan kesan daripada peristiwa hitam dalam industri penerbangan pasca 11 September. Tetapi kami tidak pernah berputus asa, jauh sekali berhenti. Kini, dalam masa 20 tahun, kami telah berubah menjadi sebuah syarikat digital yang fokus pada perjalanan dan gaya hidup, di samping menjadikan impian sebagai kenyataan.

Kami tidak berhenti memasang impian

Kami terus memasang impian selama dua dekad, menawarkan perjalanan udara untuk orang ramai, dan mencapai pelbagai impian kami. Tetapi kami perlu memastikan bahawa kami tidak pernah berhenti memasang impian untuk terus mara ke hadapan. Kami telah melangkah jauh sejak kami;

1. Mendemokrasikan perjalanan udara. Daripada RM1, kami menjenamakan dan melancarkan semula syarikat penerbangan yang dibebani hutang kepada syarikat penerbangan tanbang rendah untuk semua, seterusnya merevolusikan industri penerbangan kerana kini sesiapa pun boleh terbang.

2. Merealisasikan impian. Bagi sesetengah orang, mereka ingin merasai pengalaman penerbangan buat kali pertama, menikmati Assam Laksa di Pulau Pinang atau melangsungkan perkahwinan di dalam penerbangan. Kami bukan sahaja menjadikan penerbangan berpatutan, tetapi telah merealisasikan jutaan impian.

3. Memacu evolusi digital. Selain menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang tidak menggunakan  tiket pada tahun 2002 dan syarikat penerbangan pertama di dunia yang menggunakan perkhidmatan SMS untuk membuat tempahan, kami adalah syarikat penerbangan pertama di dunia yang menawarkan sistem tempahan menyeluruh melalui peranti mudah alih pada tahun 2005.

4. Mencipta rekod. Pada tahun 2009, kami mencipta rekod dunia baharu apabila kami melancarkan kempen 1 Juta Tempat Duduk Percuma yang menyaksikan 402,222 tempat duduk terjual dalam masa 24 jam. Kempen Tempat Duduk Percuma ini sejajar dengan jenama dan pendirian kami iaitu kini sesiapa pun boleh terbang.

5. Menerima pengiktirafan bertaraf dunia. Kami adalah satu-satunya syarikat penerbangan tambang rendah di dunia yang dianugerahkan anugerah terbaik di dunia selama 12 tahun berturut-turut bermula dari 2009-2021, di samping pelbagai anugerah global lain.

Kami tidak berhenti menghulur bantuan

Tan Sri Tony berkata: “Setiap perniagaan mestilah mempunyai sebab kewujudan. Bagi saya, perniagaan kami membolehkan semua orang terbang dan menyediakan persekitaran terbaik untuk kakitangan kami bertugas dan mencapai impian mereka.” Kami juga tidak pernah berhenti menghulurkan bantuan dan ini adalah antara beberapa sebab mengapa kami telah berjaya;

6. Membina komuniti. Dengan mobiliti, lebih banyak universiti kini boleh diakses oleh para pelajar seperti mereka dari rumah panjang di Sabah dan Sarawak. Ibu bapa daripada pelbagai golongan juga mampu untuk menghantar anak mereka belajar lebih jauh, seterusnya meningkatkan komuniti dan mengubah taraf hidup mereka menjadi lebih baik.

7. Menghubungkan orang ramai. Dengan operasi di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina, kami merapatkan lagi jurang 600 juta penduduk di Asean. Kampung halaman yang memerlukan pemanduan selama 9 jam kini boleh diziarahi hanya dalam masa 45 minit penerbangan.

8. Mewujudkan peluang perniagaan. Destinasi seperti Bandung mungkin menjadi sebutan ramai pada hari ini, tetapi ini kerana kru kabin Indonesia memberitahu Tan Sri Tony mengenainya! Destinasi yang sebelum ini sukar untuk dilawati oleh orang ramai kini tersedia untuk semua. Sememangnya antara kekuatan kami adalah mewujudkan peluang perniagaan dan menghubungkan komuniti.

9. Menyokong perusahaan sosial. Kami menubuhkan Yayasan AirAsia untuk membantu membina komuniti Asean di masa hadapan dengan menyokong perusahaan sosial, inovasi dan keterangkuman. Kami telah membiayai 28 geran perusahaan sosial dan membantu hampir 12,000 ahli keluarga dan komuniti di tujuh buah negara setakat ini.

10. Menjadikan persekitaran lebih hijau. Berpandukan kepentingan alam sekitar, sosial dan ekonomi/tadbir urus (ESG atau EES), kami berusaha untuk memainkan peranan dalam ketidaksamaan global dan isu alam sekitar. Kami hanya menggunakan satu enjin pesawat untuk pergerakan di darat bagi mengurangkan pelepasan dan menjimatkan bahan api. Kami juga adalah syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan pendekatan Required Navigation Performance Authorisation Required (RNP-AR APCH) untuk laluan penerbangan di Malaysia bagi penjimatan bahan api.

Kami tidak berhenti mengatasi perubahan

airasia adalah sebuah syarikat yang sentiasa berubah dan ini telah menjadikan kami daripada sebuah syarikat penerbangan tambang rendah Malaysia kepada syarikat penerbangan tambang rendah serantau dan, kini, sebuah syarikat digital yang fokus pada e-dagang, logistik dan teknologi kewangan. Apabila kami bertanya kepada Tan Sri Tony di mana beliau melihat airasia 20 tahun dari sekarang, beliau berkata bahawa ia akan menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan tetapi cara hidup orang ramai. Tan Sri Tony menambah: “Saya berharap di sepanjang perjalanan kami akan terus mengubah industri ini. Dalam masa 20 tahun lagi kami akan menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan!” Walau apa pun, kami tidak akan berhenti mengatasi perubahan dan kini kami telah;

11. Melancarkan airasia Super App. Kami telah memanfaatkan krisis ini sepenuhnya dan menggunakan masa henti dalam penerbangan sepanjang tahun lalu untuk beralih daripada sebuah syarikat penerbangan kepada sebuah syarikat digital semua-dalam-satu dengan hampir 20 produk dan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup seterusnya menjadi airasia sebagai satu cara hidup.

12. Menubuhkan operasi logistik. Teleport adalah penyedia perkhidmatan logistik berteknologi serantau merangkumi pengangkutan, penghantaran dan e-dagang dengan keupayaan penghantaran merentas sempadan dalam masa 24 jam yang disokong oleh airasia dan rangkaian luas oleh rakan kongsi kami.

13. Memulakan bank digital. BigPay adalah syarikat teknologi kewangan kami yang memfokuskan kepada penyelesaian pembayaran, perkhidmatan kiriman wang dan pinjaman. Sama seperti cara kami mendemokrasikan perjalanan udara, visi BigPay adalah untuk mendemokrasikan perkhidmatan kewangan di seluruh Asean dengan menawarkan penyelesaian teknologi kewangan yang menyeluruh dan berada di landasan yang tepat untuk menjadi bank maya pertama di Asean.

14. Menerima pengiktirafan sebagai Unikorn. Transformasi kami kepada kumpulan perjalanan dan gaya hidup berasaskan data dan teknologi telah diiktiraf sebagai salah satu daripada tiga Unikorn ASEAN yang berpangkalan di Malaysia oleh Laporan Credit Suisse. Kini airasia bukan lagi dikenali sebagai sebuah syarikat penerbangan, tetapi merupakan kumpulan perkhidmatan digital. Walaupun kami masih berada dalam industri penerbangan, tetapi kami menawarkan lebih banyak perkhidmatan!

15. Mengubah kehidupan. Kini anda boleh menempah penerbangan, perjalanan ke/dari lapangan terbang, membeli barangan bebas cukai, memesan makanan, barangan runcit, bungkusan dan lain-lain – semuanya di airasia Super App! Apa yang paling penting, usaha e-dagang kami telah membantu membina semula perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana, mengubah usahawan luar talian kepada dalam talian, membantu meningkatkan kemahiran usahawan, dan banyak lagi. Kami berasa rendah diri kerana bukan sahaja telah berjaya mengubah cara hidup pengguna kami dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk mampu milik di hujung jari mereka, malah mengubah kehidupan di seluruh rantaian nilai kami.

Kami tidak berhenti mendahulukan kakitangan

Kami sentiasa percaya untuk mendahulukan kakitangan. Kami mengharungi susah senang bersama Allstars dan telah menyaksikan bagaimana mereka bangkit daripada setiap cabaran dengan pengorbanan luar biasa yang akan menjadikan kami kembali lebih kuat. Inilah sebabnya ‘Kakitangan Didahulukan’ adalah antara nilai teras syarikat kami kerana ia memberi inspirasi dan mendorong kami untuk;

16. Menyediakan peluang pekerjaan. Daripada hanya 250 Allstars, kami kini mempunyai kira-kira 16,000 Allstars di seluruh rantau ini. Dengan penubuhan Teleport, Asia Digital Engineering (ADE) dan restoran francais Santan, kami terus menyediakan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk kakitangan kami dan ramai lagi termasuk warga emas berusia 70 tahun sebagai pemandu e-penggilan kami.

17. Memupuk dan meningkatkan kemahiran. Kami sentiasa mengiktiraf para Allstars sebagai tunjang utama airasia. Justeru, kami terus menyokong mereka di bawah airasia academy dengan memupuk kemahiran untuk berkembang lebih maju dalam era digital. Kami mempunyai Allstar yang telah meningkatkan kemahiran daripada operasi darat kepada penganalisis data, daripada pembantu pegawai keselamatan kepada pembantu keselamatan siber, daripada jurutera pesawat kepada jurutera perisian dan banyak lagi. Kami juga mempunyai pembantu penghantar yang kini telah menjadi seorang juruterbang – tiada yang mustahil di airasia!

18. Meraikan kepelbagaian. Kepelbagaian, keterangkuman dan kesamaan adalah aspek penting dalam operasi kami. Pada tahun 2003, kami telah melanjutkan umur persaraan kru kabin kepada 55 tahun untuk kru lelaki dan perempuan, satu langkah yang kritikal di dalam industri.  Kami juga merupakan syarikat penerbangan pertama di Asean yang membuka pintu untuk juruterbang wanita bersama Kapten Norashikin Onn, yang juga merupakan juruterbang komersial wanita pertama di Malaysia.

19. Mencungkil bakat dari akar umbi. Kami menyokong atlet baharu dan bekerjasama dengan ramai atlet terkenal untuk menyediakan peluang pembelajaran untuk komuniti akar umbi. Salah satu contoh adalah penajaan Ben Proud, seorang atlet Olimpik British yang bekerjasama dengan AirAsia untuk menjalankan klinik renang untuk kanak-kanak berumur antara 10 hingga 15 tahun di seluruh Asean.

20. Mengutamakan para tetamu. Kami memastikan para tetamu menikmati pengalaman yang luar biasa dengan airasia dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka pada setiap masa. Ini termasuklah mengutamakan mereka dalam semua inovasi termasuk prosedur tanpa sentuhan serba baharu yang telah diperkenalkan baru-baru ini untuk memastikan keselamatan mereka dan kakitangan kami, selain produk dan perkhidmatan baharu untuk memenuhi keperluan gaya hidup mereka.

Mengimbas kembali perjalanan selama 20 tahun lalu, Datuk Kamarudin Meranun berkata: “Kami telah mengharungi pelbagai cabaran sejak dari mula dan percaya akan terus berdepan dengan lebih banyak lagi. Kami telah memindahkan operasi kami dari beberapa lapangan terbang yang berbeza di Subang, KLIA dan LCCT, kami mengambil masa beberapa tahun untuk mendapatkan kelulusan laluan ke Singapura, kami juga telah menghadapi krisis kewangan di Asia dan dunia. Apa yang pasti, kami sentiasa bangkit dan Covid-19 tidak terkecuali. Satu perkara yang saya pelajari adalah kita harus bersabar, ia adalah satu nilai yang harus kita semua miliki kerana kita tidak boleh mengubah apa yang telah berlaku sebaliknya sentiasa melihat ke hadapan. Kepada para Allstars, percayalah bahawa kita akan kembali lebih kuat dan kepada tetamu kami, terima kasih atas sokongan berterusan anda.”

Untuk lebih banyak kisah menarik, tontoni siri Never Stop yang akan bermula pada Januari 2022, menampilkan Allstars kami yang berkongsi pengalaman mereka selama ini dan keterujaan untuk masa depan airasia. Selain itu, lihat kejayaan dan kegagalan kami, bagaimana kami telah bangkit berkali-kali dan terbang lebih tinggi di Muzium airasia di sini.

Terima kasih kepada semua 700 juta tetamu, rakan kongsi, dan Allstars kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan kami. Perjalanan ini bukanlah semudah yang disangka, tetapi kami tidak akan berhenti berinovasi, tidak akan berhenti mengubah kehidupan komuniti, dan tidak akan berhenti memberi inspirasi. Kami tidak sabar untuk terus meraikan kejayaan 20 tahun akan datang!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button