Hiburan

Daripada Bertudung Kepada Tayang Aurat, Peminat Puji Body Goal Sarah Hildebrand

Apabila bercakap tentang Malaysia sedang diambang ancaman liberalisasi, ramai pakar media sosial menolak bahawa tiada bukti atau fakta bertulis mengenai perkara itu.

Bagi pakar media sosial, selagi mana-mana kementerian tidak mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa liberalisasi sedang membiak, selagi itulah mereka tidak percaya.

Baru-baru negara dikejut dengan penampilan seorang bekas selebriti, Sarah Hildebrand yang sebelum ini pernah tampil menutup aurat dalam drama-drama lakonannya.

Setelah bersara dari dunia lakonan beberapa bulan lalu, Sarah dipercayai semakin aktif bersenam dan berjaya mendapatkan bentuk tubuh yang diidamkan ramai wanita.

Namun yang menyedihkan, dalam posting terbaharu Sarah menerusi laman Instagramnya, Sarah tanpa segan silu memuat naik pakaian sukan yang banyak terdedah.

Hanya berseluar pendek dan berbaju kecil menutup dada, tindakan Sarah ibarat memberi mesej yang jelas bahawa tak salah jika tayang aurat sekali pun, asalkan hati masih Islam.

Islam itu adalah cara hidup dan simbolik menyerahkan diri kepada Allah SWT untuk mendapat keredaannya sebelum meneruskan perjalanan ke akhirat.

Tindakan bebas Sarah serta ramai lagi individu berpengaruh lain termasuklah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman suatu ketika dahulu jelas menghina kedudukan institusi agama negeri.

Hal ini demikian kerana rakyat cuma melihat, institusi agama negeri cuma pandai beri khidmat nasihat dan buat siasatan berbulan-bulan, sehingga Muhammad Sajjad pun berjaya lari ke luar negara.

Kalau kes Sarah ini juga sebagai misalnya, pasti tidak akan ada tindakan undang-undang kerana untuk tampil seksi sehingga dianggap mencemarkan nama Islam bukan satu dosa?

Paling menakutkan juga, ramai wanita bertudung dipercayai beragama Islam turut memuji body goal Sarah yang dipamerkan, tidak salah namun betapa terbukanya mereka menerima perkara ini.

Betulkah begini? Apakah benar Malaysia semakin terbuka menerima fahaman liberalisasi tanpa sekatan oleh institusi agama dan pihak kerajaan? Apa komen anda?

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button