Nasional

Daripada aktivis masyarakat kepada Ketua Kluster Kebajikan Muafakat Nasional – Lila Ruzaini

Bagi rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan dunia kebajikan dan kemasyarakatan sama ada dalam negara atau luar negara, nama Lila Ruzaini Mohd Hussain bukan sesuatu yang asing.

Dalam pembentukan tulang belakang pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN), pemilihan Lila Ruzaini sebagai Ketua Kluster Kebajikan adalah tepat dan bukan tangkap muat.

Ketika ditemui Suara Merdeka, Lila Ruzaini memaklumkan kesediaan beliau menyertai MN adalah kerana semangat telus NGO itu sendiri yang bersandarkan dasar yang cukup relevan.

“Peranan saya dalam MN ini kalau diikutkan kluster, saya diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan kluster kebajikan (sebagai ketua) di mana itu adalah forte saya.

“Dan kenapa saya bersama-sama MN sebab saya lihat MN ini adalah telus dari segi semangat NGOnya,” ujar Lila Ruzaini mengulas tujuan utama keterbukaan dirinya menyertai MN.

Bagi Lila Ruzaini, beliau adalah adalah seorang aktivis dan kerap menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan turun padang bersama komuniti dan sebagainya.

“Apabila saya diminta untuk bersama-sama MN, saya amat tertarik dengan dasarnya dan apa yang akan diperjuangkan oleh MN, saya amat tertarik kerana dia bersesuaian dan sebati dengan jiwa dan apa yang saya lakukan sekarang iaitu khusus kepada NGO dan komuniti.

“Seperti yang saya maklumkan MN menumpukan perhatian kepada komuniti dan anak-anak muda. Jadi saya menyarankan supaya anak-anak muda di luar sana bersama-samalah MN kerana MN mempunyai banyak program yang akan dilaksanakan,” katanya.

Harapan Lila Ruzaini, beliau mewakili MN mahu semua anak-anak muda daripada pelbagai bangsa tidak kira Melayu, Cina, India atau apa-apa sahaja etnik untuk bersama-sama MN demi lebih banyak manfaat!

Tonton video tentang Ketua Kluster Kebajikan Muafakat Nasional, Lila Ruzaini di bawah:

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button