Dari jadi ‘makeup artist’, wanita ini kini pertaruh produk kecantikan ramuan pakar Switzerland
DUNIA kecantikan sudah sebati dengan pengasas dan pengarah Haus Cosmetics, Eiyma Jalil atau nama sebenarnya, Norazimah Jalil. Wanita kelahiran Pahang ini sendiri sudah 17 tahun menimba pengalaman dalam dunia berkenaan.
Malah wanita berstatus ibu kepada tiga cahaya mata berusia 40 tahun ini pernah bergelar jurusolek atau ‘make-up’ artis selama enam tahun dari 2006 hingga 2012.
Sekitar 2013, Eiyma mula berjinak-jinak dalam dunia pengilangan kosmetik. Malah kesungguhannya dengan apa dilakukan juga dapat dilihat dengan tertubuhnya empayar kosmetik Haus pada 2017.
Terbaharu jenama kebanggaan milik bumiputera ini melancarkan sekali gus mendedahkan suplemen kecantikan, Beaubright yang dirumus khas hasil kolaborasi bersama saintis dari Switzerland yang juga Pengasas Mibelle Biochemistry, Dr Fred Zullie.
“Selepas produk laku keras, Magicpink Compact Powder yang terjual lebih 50,000 unit sejak di pasaran Februari lalu, kami meletakkan pertaruhan terbaharu, Beaubright ini. Ia dilancarkan sejak Oktober lalu.
“Taruhan baharu ini dilaksanakan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama dua tahun bersama pasukan saintis dari Switzerland diketuai Dr Fred.
“Sebagai tunjang jenama ini, saya sentiasa mengambil berat mengenai kepuasan pengguna dalam mengatasi masalah berkaitan kecantikan. Kami juga tak pernah mengetepikan soal kualiti dalam penghasilan produk,” katanya yang pernah diiktiraf kejayaan produk terbabit menerusi anugerah Superbrand dan Nona Superwoman Award.
Menurut Eiyma yang pernah sezaman dengan jurusolek artis seperti Najeeb Azami dan Nuex Rosli, dia juga berbangga menjadi pengusaha legasi niaga yang memiliki dua kilang kosmestik selain sebuah lagi kilang suplemen sendiri di tanah air.
“Setakat ini kilang dimiliki berpengalaman dalam menghasilkan formula kosmetik unik. Malah saya sendiri bertindak sebagai Pengarah R&D di kilang GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd di Cheras sejak 2013.
“Rangkaian produk kami juga halal dan selamat sekali gus diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),” katanya.
Anak sulung dari empat beradik ini menambah hingga kini jenama berkenaan yang dijual sekitar harga RM29 hingga RM89 sudah memiliki lebih 5,000 ejen dan stokis seluruh Malaysia.
“Malah kami juga sedang melakukan gerak gempur untuk menambah lebih ramai pengedar. Boleh tekan pautan Haus untuk lebih lanjut.
“Insya-Allah jualan produk bagi tempoh sebulan sudah melepasi 10,000 unit secara purata. Kami juga mensasarkan jumlah unit yang terjual setiap bulan akan terjual lebih tiga kali ganda,” katanya.
Dalam pada itu, wanita memilki tahap pendidikan dalam ijazah sarjana teknologi maklumat ini turut mengumumkan penyanyi Marsha sebagai penyanyi lagu tema jenama produknya berjudul Cantik Luar, Cantik Dalam.
“Marsha sendiri antara penyanyi tempatan kegemaran saya kagumi mutu vokalnya sejak dia mencipta nama di Akademi Fantasia musim ketiga hinggalah melonjak nama selepas memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu (AJL) 36,” katanya yang berpegang moto jadi diri sendiri dan konsisten dalam apa dilakukan.
Suplemen Haus Beaubright ini dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih seperti ekstrak campuran beri, Dracobelle™, Hithion™, vitamin A, B, D dan asid folik serta campuran sumber mineral seperti kalsium dan magnesium.
Fokus utama bahan-bahan ini adalah untuk memulihkan kolagen kulit, mencerahkan tona kulit tidak sekata, menjadi ejen anti-penuaan, memulihkan keremajaan serta menghidratkan kulit seiring dengan slogannya ‘Cantik Luar, Cantik Dalam’.
Rasa masam manis campuran beri seperti strawberi, beri biru, anggur hitam dan bearberry juga menjadi antara tarikan utama suplemen ini selain mudah digunakan dan disahkan halal.
Suplemen ini sesuai bagi mereka yang berumur 18 tahun keatas yang memiliki masalah kulit seperti kulit kusam, tona tidak sekata dan dehidrasi.
Untuk maklumat lanjut mengenai suplemen Beaubright, kunjungi laman sesawang Haus Cosmetics atau lawati media sosial Haus Cosmetics di Facebook, Instagram dan Tiktok sekarang. – SM