NasionalpilihanPolitik

Parti lawan tiada modal politik, tidak beretika ketika berkempen – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan parti lawan tiada modal politik apabila menggunakan taktik yang jelas tidak akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Lebih-lebih lagi ketika mereka memetik nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini masih merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan diangkat sebagai Perdana Menteri.

Sedangkan rakyat secara umum telah mengetahui bahawa dalam PRU15 ini, Ismail Sabri adalah satu-satunya ‘poster boy’ dan jika BN menang besar, Ismail Sabri akan meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Mereka (pihak lawan) cuba menimbulkan kekeliruan dan tentu juga mereka mahu supaya kepimpinan BN dan UMNO berpecah. Mereka nampak tak ada isu lain yang boleh mereka menggunakan. Hanya menggunakan isu PM ini.

“Mereka cuba menggambarkan saya tak menjadi PM menurunkan sokongan kepada BN. Mereka mungkin takut saya calon PM. Saya anggap.. ia boleh menjadi satu kekuatan untuk saya untuk menarik pengundi (kepada) BN,” ujar Ismail Sabri dalam satu temubual eksklusif bersama FMT.


Selain beranggapan ia merupakan satu dakyah yang sangat tidak beretika daripada pihak lawan, Ismail Sabri melihat pengundi yang bijak dan memahami bahawa perkara tersebut sebagai sekadar tohmahan hanyalah akan menambah kekuatan sokongan kepada Ismail Sabri.

Satu Undi BN, Satu Undi Untuk Zahid?

Pemimpin PH serta yang lain pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa satu undi kepada BN bersamaan kepada satu undi untuk Zahid menjadi Perdana Menteri.

Sedangkan hakikatnya, keputusan untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ merangkap calon Perdana Menteri telah diputuskan menerusi pelbagai fasa.

“Keputusan untuk mencalonkan saya sebagai Perdana Menteri oleh BN telah diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno, biro politik Umno, dan perhimpunan agung Umno.

“Selain disambut parti-parti komponen (BN), seluruh kepimpinan BN, termasuk Pengerusi Zahid, Mohamad Hasan (timbalan pengerusi), dan lain-lain, jelas kata saya satu-satunya calon perdana menteri (BN),” katanya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera kesal cubaan pembangkang menidakkan keputusan di pelbagai peringkat dalaman BN dan UMNO berhubung calon Perdana Menteri.

PH-PN Gagal, Jangan Usik Kestabilan BN

Ketika ini, pihak lawan semakin agresif menanam keraguan dalam kalangan warga emas dan warga belia dengan taktik yang sama iaitu menggunakan isu pencalonan PM selepas PRU15.

Sedangkan bagi Ismail Sabri, BN adalah satu pilihan yang terbaik buat rakyat Malaysia yang mahu akan kestabilan dan keharmonian lokaliti bagi memakmurkan kawasan masing-masing.

Menyelusuri sejarah, Ismail Sabri menyifatkan kerajaan PH dan PN sebelum ini mungkin tidak dapat menghasilkan kerajaan yang stabil namun ia tidak begitu pelik buat BN, jika BN memerintah.

Sehubungan itu, Ismail Sabri menambah BN jelas dengan apa yang ia mahu lakukan untuk memperkasakan negara sekiranya diberi mandat membentuk kerajaan pada 19 Nov ini.

“Manifesto kita bukan sahaja menyentuh soal ekonomi tetapi transformasi institusi,” jelasnya dalam satu temubual eksklusif bersama FMT.

Terdahulu, Ismail Sabri pernah mengekalkan dan kini mahu terus pertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 2,311 undi sehingga berjaya menewaskan calin PH dan jugas PAS.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button