Siapa sangka selepas menyertai bengkel pembuatan aiskrim, seorang bekas jurufoto akhbar berjaya memiliki produk aiskrim sendirinya.
Syefry Moniz Mohd. Nizar, 46, pada asalnya sekadar mencuba namun aiskrim jenis ice pop yang diberi jenama PopsLab mendapat sambutan.
PopsLab dijual pada harga RM1 hingga RM3 dan perisa yang dibuat berdasarkan permintaan merangkumi susu sehinggalah rasa buah-buahan asli.
Dalam 16 varian perisa aiskrim, antara perisa yang mendapat permintaan ramai termasuklah rasa coklat, asam boi, bubblegum, jagung dan pelbagai lagi.
Meskipun berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, Syefry bahawa jenama PopsLab mempunyai potensi dan pasarannya masih terbuka luas.
Hal ini kerana tidak ramai pengusaha di Malaysia menghasilkan aiskrim jenis ice pop secara buatan sendiri (homemade).
Dalam perancangan akan datang, PopsLab akan mempelbagaikan lagi varian perisa termasuk jenis premium.
Kata graduan Diploma Fotografi itu, PopsLab juga akan memperkenalkan perisa durian Musang King dan ia bakal menemui pelanggan tidak lama lagi.
Ikuti berita semasa di TikTok Suara Merdeka: https://vt.tiktok.com/ZSe1BsE6V/