Politik
Trending

DAP perlu jemput Dr. Mahathir sertai parti

PARA pemimpin parti DAP perlu membuat jemputan secara terbuka kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bukannya sekadar menyatakan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini susulan konflik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) dan PH Plus (Kumpulan Dr. Mahathir) merisikokan hasrat Ahli Parlimen Langkawi itu untuk menjadi Perdana Menteri kali ketiga.

Dalam konflik tersebut, PKR dilihat tidak bersetuju dengan cadangan pimpinan PH memilih bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157150309095952/?type=3&theater

PKR sebaliknya bertegas mahukan presiden mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penjawat jawatan nombor satu kerajaan itu, bukannya sekadar timbalan.

Malah, PKR turut menzahirkan rasa tidak yakin terhadap perjanjian tempoh menjadi Perdana Menteri selama enam bulan ataupun setahun.

BACA > Tiz Zaqyah panik, akaun IG nyaris digodam — Suara Merdeka

“Mulakanlah langkah pertama dengan menjemput PM7 jadi ahli DAP. Kit Siang perlu ikhlas jika dia benar-benar sokong PM7.

“Jalan terbaik untuk PM7 menjadi PM9s ialah masuk DAP dan dilantik presiden parti sebab DAP merupakan parti dengan kerusi parlimen paling banyak dalam PH Plus.”

Demikian kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Facebook menyindir parti yang didokongi Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang.

Terdahulu, Suara Merdeka yang memetik laporan Sin Chew Daily memberitahu, Dr. Mahathir sedia menamatkan kerjasama dengan PKR.

“Saya tidak akan bekerjasama dengannya lagi kerana dia tidak mahu bekerjasama dengan saya. Saya perlu mencari cara lain untuk menjadi perdana menteri. Mungkin ada beberapa cara lain,” kata Dr. Mahathir.

BACA > Wanita Nigeria dipukul, dirogol teman lelaki baru dikenali — Suara Merdeka

Situasi itu turut mendapat perhatian bekas penasihat kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim.

Beliau berharap, Anwar tidak lagi terperdaya dengan janji yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7 itu seleapa berulang kali dimungkiri.

“(Hasrat) Datuk Seri Anwar sekarang (untuk jadi PM ke-9) tidak semudah dulu.

“Saya harap beliau tidak begitu mudah untuk menerima apa yang disusulkan oleh Tun M,” kata Rais.

Terdahulu, Dr. Mahathir dilihat berseloroh apabila mahu menubuhkan parti baharu yang akan dinamakannya sebagai AAD iaitu ‘Apa Aku Dapat’.

BACA > Covid-19 di Indonesia: 49,009 kes positif, 2,573 kematian — Suara Merdeka

Bagaimanapun, gurauan itu disindir Ahli Parlimen Pekan apabila menjelaskan akronim sebenar bagi parti AAD adalah ‘Anak-Anak Daddy’. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button