BENARKAH dakwaan bahawa DAP gembira dengan kekalahan calon daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Karmaine Sardini pada pilihan raya kecil parlimen Tanjung Piai?
Namun, itu merupakan salah satu reaksi netizen ketika membalas ciapan di twitter Ahli Parlimen Kepong (DAP), Lim Lip Eng.
Johari Yazid mendakwa pastinya DAP gembira dengan kekalahan Bersatu Tanjung Piai dengan rakyat sudah bersuara tentang kerajaan yang tidak banyak fungsi ini.
Sebelum itu Lip Eng dalam hantaran di twitternya menulis: “Para tetamu majlis makan malam memberi tepukan gemuruh apabila saya mengumumkan kekalahan teruk kerajaan PH di PRK Tanjung Piai.”
Ia dibuat sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Wee Jeck Seng dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai dengan majoriti 15, 086 undi.
BN menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir pada pukul 9.16 malam, selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, malam ini.
Bekas wakil rakyat Tanjung Piai dua penggal daripada MCA itu memperolehi 25,466 undi mengalahkan pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini yang memperolehi 10,380 undi.
Empat calon lain pula hilang wang deposit kerana memperolehi undi kurang dari satu perlapan atau 12.5 peratus daripada keseluruhan undi dikira.
Calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Parti Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperolehi 850 undi sementara calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.
Daripada jumlah 38,815 undi yang diterima, 595 undi ditolak manakala 30 undi tidak dikembalikan. -SM