Politik

DAP dikritik, dakwa salur peruntukan tertinggi di Sabah

FACEBOOK milik DAP dikecam pengguna media sosial itu apabila mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dahulu memberikan peruntukan tertinggi di Sabah.

PH mendakwa memberikan peruntukan sebanyak RM5.2 bilion dalam Bajet 2020 ketika menjadi kerajaan dan jumlah tersebut dikatakan lebih banyak berbanding Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, hal berkenaan dikritik netizen yang mengaitkan pelbagai isu ketika PH memerintah termasuklah pembangunan ekonomi di Sabah.

Malah ada yang mendakwa, rakyat tidak merasai limpahan pembangunan ekonomi ketika PH khususnya Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah di negeri itu.

“Rakyat tak merasa. Tak kira salah siapa, jadi dikira PH gagal keseluruhannya,” kata Mohamad Bin Basir.

“Kalau terima peruntukan tertinggi, mesti ada projel lagi besar daripada Pan Borneo. Ke peruntukan ke poket Shafie Apdal?” dakwa Mohd. Nazirul Mubin Johari.

“Tipulah, masa jadi kerajaan, kamu cakap Malaysia tiada duit, mahu bankrup. Sekarang PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah, tiba-tiba ada salur peruntukan RM5.2 bilion pula untuk Sabah,” kata Azizul Dzul.

“Status yang menyerlahkan lagi kedangkalan PH. Peruntukan banyak tetapi bantuan dipotong, apa barang PH?” soal Nashman Idris.

“Paling tinggi peruntukan, tetapi ekonomi paling corot. Something wrong somewhere. Adakah DAP cuba bagitahu Sabah di bawah Warisan sangat tidak bagus?” tempelak Bond Othman.

Demikian antara kritikan yang dilemparkan menerusi ruangan komen dalam Facebok DAP.

DAP sebelum itu memuat naik status mengatakan nasib rakyat Sabah akan lebih baik bersama PH-Warisan.

“Kerajaan PH-Warisan tidak mahu rakyat Sabah ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

“Justeru itu, Kerajaan PH memberikan peruntukan RM5.2 bilion untuk pembangunan di Sabah dalam Belanjawan 2020.

“Ia merupakan belanjawan pembangunan Persekutuan yang tertinggi dalam sejarah!

“Nasib anak-anak Sabah terpelihara. Syabas Kerajaan PH-Warisan!” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat pengguna media sosial yang menyokong kepimpinan PH dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mereka memberikan komen yang menyentuh sentimen rasuah termasuk kes dihadapi pemimpin BN sebelum ini.

“Terbaik PH, kalau bawah BN penyamun itu, mana ada sampai begitu (RM5.2 bilion). Lagi pun masa BN perintah, peruntukan itu separuh sahaja yang sampai kepada rakyat. Yang lain entah kemana,” komen Awang Jeffry.

“Tetapi mempertahankan hak hasil Sabah supaya tidak dicuri PN BN. Jangan bagi BN PN memperbodohkan orang Sabah lagi dan sudan 60 tahun mereka mencuri,” dakwa Christopher Vun.

“Sabah akan maju cepat hanya dengan pertolongan DAP dan rakyat yang tidak tipu dan ambil rasuah,” kata Jason Lim.

Status DAP itu mendapat reaksi daripada kira-kira 1,700 pengguna, 325 komen dan dikongsikan sebanyak 145 kali. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button