Politik

DAP dakwa reformasi undang-undang terbantut

PARTI Tindakan Demokratik (DAP) mendakwa Pakatan Harapan (PH) melakukan reformasi undang-undang ketika menjadi kerajaan tetapi terbantut.

Namun, agenda tersebut terhenti apabila pakatannya kehilangan kuasa dan terus menyifatkan Perikatan Nasional yang menjadi kerajaan melalui ‘pintu belakang’ menggagalkannya.

BACA > Beri ruang pemohon BPN merayu, LHDN tolong kemas kini data — Suara Merdeka

DAP dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan PH mahu melakukan 18 perkara dalam reformasi undang-undang, namun belum selesai kerana ‘rampasan kuasa’.

Antara perkara yang didakwa seperti tempoh dua penggal bagi jawatan Perdana Penteri; Pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan mansuh cubaan bunuh diri sebagai jenayah.

Selain itu, Akta Pendidikan Tinggi menggantikan Auku; pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010; hapus hukuman mati mandatori; Akta Jerebu Rentas Sempadan; Akta Kebebasan Maklumat menggantikan OSA 1972 dan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC).

Antara reformasi undang-undang yang sepatutnya diselesaikan pada tahun ini seperti Rang Undang-Undang (RUU) pembiayaan dana politik, gangguan seksual, perolehan kerajaan dan perkhidmatan Parlimen.

UNDANG-UNDANGUNDANG-UNDANG

Di samping itu, cadangan undang-undang jenayah intip dan hendap; RUU penubuhan majlis media, penggubalan undang-undang kesaksamaan gender dan pindaan hukuman pemandu mabuk juga belum dilaksana.

BACA > PH sebenarnya khianat mandat rakyat — Suara Merdeka
BACA > Bersatu akan kalah teruk pada PRU15 – Dr. Mahathir — Suara Merdeka

Bagaimanapun, Pindaan Perjanjian Malaysia 1963 tidak berjaya kerana PH gagal capai undian dua pertiga daripada Ahli Parlimen.

Namun, kenyataan itu mengundang reaksi negatif Netizen dalam Facebook @DAPMalaysia.

Walaupun sekadar mendapat 30 komen, namun rata-rata menolak DAP dan PH daripada kembali menjadi kerajaan.

“Sepanjang DAP dapat kuasa apa yang DAP buat? Sudahlah, rakyat tidak bodoh, tak mungkin rakyat sokong DAP semula,” luah Cik Lily Zainal.

“Asal bukan DAP,” komen Ahmad Suffian.

“Sendiri gaduh, sendiri ‘resigned’, kan bodoh namanya,” kata Azam Maza.

“Sebab bodoh dan lembab,” tulis Cheong Yun Fatt.

“Tak payah perasan sangatlah. Rakyat punya mandat kemudian korang sendang-lenang jadi menteri tiada fungsi, makan gaji buta. Pergilah..,” luah Mohd. Fadhlan Alias.

“Rampasan kuasa pintu belakang? DAP sembang apa? Siapa yang rampas? Tiada siapa pun yang rampas. Pemimpin PH yang main rampas-merampas kerana kegilaan kuasa dan pangkat.

BACA >  PH, analogi rumah sewa — Suara Merdeka
BACA > Ahmad Zahid Hamidi ranjau sepanjang jalan — Suara Merdeka

“Sehingga Perdana Menteri PH meletakkan jawatan dengan sendirinya bersama-sama kabinetnya. DAP sembang belit-membelit selagi boleh belit. Tak tipu tak DAP lah,” komen Azhary Arshad Fx. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button