Analisis

DAP akan kuburkan UMNO pada PRN

1.  Akhirnya ke Enam Negeri sudah membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing, dengan memberi laluan agar Pilihanraya Umum Negeri bakal diadakan serentak pada bulan Ogos ini.

2.  Seluruh Rakyat Malaysia mahu melihat samada kerjasama politik antara UMNO dan DAP serta Pakatan Harapan akan membuahkan hasil kemenangan kepada Kerajaan Perpaduan ini.

3.  Setakat hari ini, semua Mori Poll ataupun punggutan suara yang dilakukan jelas menunjukkan Orang-Orang Melayu menolak kerjasama politik antara UMNO dan DAP ini.

Walapun PM Anwar Ibrahim kelihatan popular dikalangan pelajar-pelajar University, tetapi rata-rata dikalangan rakyat jelata terutama orang-orang Melayu, sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan ini sudah jatuh merundum.

4.  Pelbagai isu panas timbul sepanjang 7 bulan pemerintahan Kerajaan Perpaduan ini termasuklah seperti ;

(i).  *Ekonomi Tidak Stabil.* Matawang Ringgit dan Pasaran Saham Bursa Kuala Lumpur jatuh merundum.

Matawang Ringgit merupakan matawang paling lemah di Rantau Asia menyebabkan Ekonomi Import-Export barangan terjejas.

Bursa Saham KL adalah yang kedua terburuk di Rantau Asia Pacific selepas Thailand, menyebabkan keyakinan pelabur terhadap Negara Malaysia bertambah buruk.

(ii).  *Kos Sara Hidup Semakin Tinggi.*  Kos sara hidup semakin tinggi dengan harga barang keperluan rumah semakin meningkat naik tanpa sebarang Hala Tuju oleh Kerajaan untuk menurunkan Kos Sara Hidup ini.

Bertambah parah, Kerajaan mahu memberhentikan pelbagai subsidi kepada Rakyat bagi menjimatkan perbelanjaan Kerajaan.

Antaranya, tarif elektrik untuk Golongan T20 dan Kilang Industri akan dinaikkan. Ini akan membebankan rakyat secara tidak langsung menaikkan kos lain.

(iii).  *Menteri Kabinet Yang Tidak Berpengalaman.*  Kerajaan Perpaduan jelas kelihatan mempunyai ramai Menteri Kabinet yang tidak berpengalaman.

*Menteri Komunikasi,* ugut Rakyat yang kritik dirinya di Live Tik Tok dengan mengatakan bahawa Kereta Peronda Polis akan datang kerumah anda, sekiranya anda kritik Menteri Komunikasi. Ini adalah cubaan menakut-nakutkan rakyat.

*Menteri Pelajaran,* yang jelas kelihatan tidak mempunyai pengalaman mentadbir satu Kementerian yang besar dan penting sehinggakan jumlah pelajar yang tidak ambil peperiksaan SPM pun, Menteri kelirukan PM.

*Menteri Pelancongan,* jelas kelihatan memulakan pergaduhan dengan Penjawat Awam di Lapangan Terbang KLIA dengan menuduh pegawai Imigresen meminta rasuah daripada seorang pelancong dari Negara China.

Ini memalukan keseluruh Jabatan Imigresen Malaysia.

Isu ini sekarang dalam siasatan SPRM dan pihak Polis.

*Menteri Pertanian,* isu mencari supply telor ayam sampai ke Negara India bersama Deepak. Harga telor ayam yang lebih mahal diimport dari India.

Isu Subsidi Telor Ayam dan Penternakan Ayam juga jadi isu tetapi subsidi disambung mulai 1hb. Julai ini.

*Menteri Belia dan Sukan,* program mengalakkan belia-belia Islam di Negeri Selangor melawat gereja bagi memahami Agama Kristian mengundang kontroversi dan protest dari masyarakat Melayu dan Orang Islam.

*Menteri Dalam Negeri,* mengundang kontroversi apabila Menteri KDN mengarahkan Kementerian menarik balik Kes Rayuan ke Mahkamah Rayuan berkaitan dengan pengunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

*Menteri Di JPM (Hal Ehwal Agama),* juga tidak lari dari kontroversi apabila kelihatan mendiamkan diri dalam Isu Kalimah Allah dan lain-lain isu berkaitan dengan Agama Islam, seolah-olah Negara ini tidak mempunyai seorang Menteri yang menjaga Hal Ehwal Islam.

*Menteri Wilayah Persekutuan,* memandangkan tiada Menteri Wilayah, maka PM dipertanggung-jawabkan menjaga Hal Ehwal Wilayah Persekutuan.

Sehingga hari ini, Isu Pengampunan DS Najib Razak belum lagi dibawa oleh Kementerian ini kepada Jawatankuasa Pengampunan dan seterusnya kepada YDP Agong.

*Menteri Ekonomi.*  Menteri paling banyak kontroversi dengan pelbagai Formula ketika berada dibarisan hadapan kerusi pembangkang tetapi seolah-olah kehilangan idea apabila menjadi Menteri Kabinet.

Tiada Blue Print dan tiada hala tuju yang khusus untuk membendung Kemelut Ekonomi Negara yang merundum.

Terkenal dengan nama jolokan yang baru iaitu *Mr. No Formula.*

*Menteri Luar Negeri,* gagal mengadakan hubungan yang baik dengan Kerajaan Arab Saudi, sehinggakan ketika lawatan PM DS Anwar Ibrahim ke Arab Saudi gagal untuk mengadakan pertemuan dengan Tengku Mahkota (PM Arab Saudi) dan King Salman iaitu Raja Arab Saudi.

Hubungan Dua-Hala antara Negara Malaysia dengan Arab Saudi berada di tahap terendah dalam sejarah negara.

Kemungkinan kerana hubungan rapat antara PM DS Anwar dengan Presiden Turkey juga mungkin menjadi penyebab utama kerana Arab Saudi tidak begitu menyukai Presiden Turkey ini.

(iv).  *Gagal Turunkan Harga Minyak Petrol.*  Ini merupakan satu-satunya janji yang paling utama, yang gagal ditunai oleh PM DS Anwar Ibrahim.

Sekiranya minyak petrol diturunkan ataupun dikawal pada harga yang rendah, pasti kos barangan dan kos pengangkutan akan turun.

5.  Akhirnya, dengan prestasi buruk Kerajaan Perpaduan ini, bukan sahaja menjatuhkan imej UMNO tetapi akan menyebabkan UMNO sukar mahu bangun semula pada 6 Pilihanraya Negeri yang akan diadakan.

*RAMALAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA UMUM 6 NEGERI.*

6.  Terdapat pelbagai ramalan yang ada di Media Sosial berkenaan dengan 6 PRN ini. Antaranya ;

*DI NEGERI KEDAH.*

Daripada 36 kerusi DUN di Negeri Kedah, PH-BN diramalkan akan berupaya menang hanya 3 kerusi sahaja iaitu di DUN Kota Darul Aman, Bakar Arang dan Sidam.

Manakala, Perikatan Nasional dijangka akan menguasai 33 kerusi DUN yang lain.

*DI NEGERI KELANTAN.*

Daripada 45 kerusi DUN Kelantan, UMNO-PH dijangka akan menang hanya 3 kerusi DUN pada kali ini.

Iaitu 2 kerusi DUN di Parlimen Gua Musang dan 1 kerusi DUN di Parlimen Jeli.

PN dijangka memenangi 42 kerusi DUN yang lain bagi membentuk semula Kerajaan Negeri Kelantan yang baru.

*DI NEGERI PULAU PINANG.*

Di Negeri Pulau Pinang, PN dijangka akan menang sekitar 13 – 14 kerusi DUN.

Manakala, PH-UMNO dijangka akan memerintah semula Kerajaan Pulau Pinang dengan jumlah antara 26 – 27 kerusi DUN Pulau Pinang.

*DI NEGERI SELANGOR.*

Negeri Selangor mempunyai 56 kerusi DUN.

Untuk memerintah Negeri Selangor sesuatu Gabungan parti politik perlu menang paling kurang 29 kerusi DUN untuk mendapatkan majoriti mudah.

Untuk ketika ini, dari kajian yang dibuat, persaingan yang sengit akan berlaku di Negeri Selangor antara PN dengan UMNO-PH.

Buat ketika ini, dikhabarkan PN berada dihadapan dengan menguasai 29 kerusi DUN, manakala PH-UMNO dijangka berupaya menang 27 kerusi DUN.

Hanya perbezaan 2 kerusi sahaja memisahkan mereka.

Macam-macam boleh berlaku dari sekarang sehinggalah pada hari mengundi pada bulan Ogos nanti.

*NEGERI SEMBILAN DAN TERENGGANU.*

Belum ada data dan ramalan yang boleh dikongsi disini.

7.  PRN 6 Negeri ini merupakan Satu Referendum Politik kepada Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Sekiranya UMNO-BN tidak berjaya memenangi lebih banyak kerusi DUN drp. Keputusan Pilihanraya Negeri PRU ke 14, maka akhirnya pasti kerjasama politik antara Parti DAP dengan UMNO, akan mengkuburkan politik UMNO di Persada Politik Negara.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button