Danny Chia juara Jelajah Toyota
PEMAIN golf profesional negara Danny Chia membuktikan bahawa dia masih berbisa apabila menjulang Piala Yaris untuk gelaran ketiganya bagi Jelajah Toyota semalam.
Pada usia 51 tahun, Danny berjaya merampas tangga teratas setelah cemerlang melakukan empat bawah par 67 pada pusingan akhir yang tergendala akibat hujan di Kelab Golf Mines Resort.
Dengan catatan terkumpul tujuh bawah bawah par 206, Danny menewaskan pencabar terdekatnya Afif Fathi dengan dua pukulan untuk meraih ganjaran tunai RM31,500.
Ketika memulakan pusingan penentu Danny ketinggalan tiga pukulan di belakang pendahulu bersama 36-lubang iaitu Ben Leong dan Afif.
Danny langsung tidak dijangka akan mencabar untuk kejuaraan, lebih-lebih lagi setelah dia melakukan double bogey pada lubang pertamanya.