
Dahulu PH kata SOSMA zalim – Takiyuddin
AHLI Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan meminta kerajaan memberi penjelasan terhadap hasrat Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menambah baik Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Katanya, ini kerana dahulu Pakatan Harapan (PH) menganggap SOSMA sebagai sebuah akta yang lebih zalim selain mendesak agar ianya dimansuhkan.
Tetapi kini katanya, nada pimpinan PH juga bukan sahaja semakin lembut mengenai SOSMA setelah menjadi kerajaan di Putrajaya, malah berhasrat memperkukuhkan akta itu.
“Saya ucap terima kasih penerangan menteri semalam mengenai perincian SOSMA semalam, hasrat kerajaan ini saya ingin mendapat penjelasan sejelas-sejelasnya mengenai dasar kerajaan sekarang.
“Saya merujuk kepada kenyataan dikeluarkan pada masa itu Tambun, Ketua Umum PKR, SOSMA lebih teruk berbanding ISA, kerajaan PH 1.0 akan mansuhkan seperti dijanjikan oleh kerajaan PH,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail pada sesi penggulungan perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Sementara itu, Saifudin dalam jawapannya berkata kerajaan akan membuat semakan semula terhadap akta tersebut.