Politik

Fadhlina perlu kekal terajui sayap wanita PKR

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek wajar kekal menerajui sayap wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan  parti akan datang,

Ketua Wanita PKR Kedah, Datin Sabrina Ahmad berkata, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu telah membawa nafas baharu dalam kepimpinan Wanita PKR serta berani tampil dengan idea-idea lebih insklusif serta relevan sesuai dengan peredaran zaman.

Katanya, Fadhlina juga telah berusaha meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

“Selain itu Fadhlina sentiasa memastikan suara wanita didengari sebagai pembuat keputusan yang penting dalam pelbagai bidang terutama isu-isu berkaitan pendidikan, ekonomi dan politik,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Sabrina, dengan kepimpinan yang mantap dalam memperjuangkan hak wanita dan golongan terpinggir, Fadhlina sering terlibat membawa isu-isu penting mengenai kesejahteraan wanita ke pentas perbincangan sama ada dalam atau luar Parlimen.

“Kepimpinan Fadhlina telah memberi impak positif kepada masyarakat, terutamanya dalam memberikan perhatian terhadap keperluan pendidikan, kesihatan dan keselamatan wanita,” kata beliau.

Malah menurutnya, Fadhlina juga berjaya meletakkan isu kesetaraan jantina sebagai salah satu fokus utama dalam platform politiknya yang telah membuka ruang untuk perbincangan yang lebih luas dalam kalangan pemimpin politik dan ahli parti yang lebih luas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button