Alam Sekitar

Cuaca dijangka akan panas dan kering, orang ramai dinasihatkan kurangkan aktiviti luar

RAKYAT Malaysia dinasihatkan untuk kurangkan aktiviti di luar kerana negara berada dalam musim Monsun Barat Daya sejak 17 Mei sehingga menyebabkan cuaca lebih panas dan kering.

Menurut laporan Bernama, dari Pensyarah Kanan Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar di Universiti PutraMalaysia Dr Zulfa Hanan Ashaari berkata keadaan cuaca panas itu dijangka melanda hingga pertengahan September, justeru mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga melindungi diri selain meminum air secukupnya.

“Selain itu, jangan melakukan pembakaran terbukaatau membuang puntung rokok merata-rata bagi mengelakkan berlakunya pembakaran luas yang boleh menyebabkan jerebu,”katanya.

Beliau berkata semasa Monsun Barat Daya angin yang bertiup dari arah barat daya datang dari kawasan lebih sejuk yang kurang lembap berbanding dengan angin.

Monsun Timur Laut yang datang dari Lautan Pasifik dan Laut China Selatan yang lebih lembap.
Zulfa Hanan berkata keadaan itu menyebabkan kelembapan udarayang sampai ke Malaysia lebih rendah semasa Monsun Barat Daya.

Sementara itu, Felo Penyelidik Institut Perubahan Iklim UniversitiKebangsaan Malaysia Dr Maggie Ooi Chel Gee berkata orang ramai disarankan memakai pakaian bersesuaian dan menggunakankrim pelindung matahari agar terhindar daripada strok haba.

“Mereka disarankan agar sentiasa kekal terhidrat apabila melakukan aktiviti luar, jika perlu pakai topi dan guna payung yang tidak lut sinar untuk melindungi kulit daripada haba.

“Sekarang Malaysia dah masuk musim kering di bawah pengaruhMonsun Barat Daya dan kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang rendah. Pada musim ini pihak kami sentiasa mendapat laporan berkaitan kebakaran di beberapa lokasi terutamanya di Asia Tenggara,” katanya.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan enam kawasan merekodkan cuaca panas Tahap 1 atau berjaga-jaga iaitu di Larut dan Matang, Perak; Kuala Muda, Kedah; Pasir Mas dan Kuala Krai, Kelantan serta di Sarawak iaitu di Bintulu dan Sri Aman.

Artikle Berkaitan :>

15 orang maut akibat cuaca panas di Bangladesh

Cuaca panas dijangka beransur pulih pertengahan April

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button