Nasional

COVID-19: Terlalu awal benarkan bazar Ramadan, pulang beraya

MASIH terlalu awal untuk membenarkan bazar Ramadan beroperasi atau membenarkan rakyat untuk pulang  ke kampung secara beramai-ramai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, segala keputusan berkaitan perkara itu perlu bergantung kepada trend penularan wabak COVID-19 dalam tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua dilaksanakan.

“Jika dibenarkan pun kerana kes COVID-19 baru mula menurun, langkah berjaga-jaga mestilah pada tahap paling tinggi dan zon titik panas COID-19 mesti terus diletak di bawah perintah kawalan pergerakan.

“Kita semua perlu faham dan berkorban sedikit dalam musim hari raya tahun ini. Kita perlu mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di negara-negara lain,” kata Najib.

Najib berkata, rakyat Malaysia perlu menerima realiti bahawa krisis COVID-19  adalah sangat luar biasa dan tidak pernah berlaku sejak 100 tahun yang lalu.

Beliau meminta rakyat untuk bersabar dan bertahan kerana jika jumlah kes baru COVID-19 masih tinggi situasi boleh berubah dengan begitu pantas sekali.

Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, rakyat perlu menjadikan Iran sebagai contoh bagaimana penularan wabak besar-besaran berlaku apabila rakyatnya pulang ke kampung untuk menyambut tahun baharu negara tersebut.

“Masa itu, kira-kira 1.2 juta daripada jumlah penduduk 81 juta Iran menolak nasihat kerajaan (masa itu, Iran tidak menyekat perjalanan antara bandar) dan telah pulang ke kampung masing-masing.

“Ramai lagi yang mula berkumpul dan berkunjung sesama sendiri untuk meraikan perayaan tersebut.

“Akibatnya kebimbangan kerajaan Iran terbukti benar apabila kes Covid-19 baru Iran melonjak naik selepas hari perayaan dan diramal akan terus naik kerana tempoh inkubasi Covid adalah selama 14 hari,” kata Najib.

Ketika ini sejumlah 44,605 rakyat Iran dijangkiti COVID-19 dan 2,898 orang telah meninggal dunia sementara 3,703 orang berada dalam kritikal.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button