Nasional

Tangguh haji: Harap umat Islam boleh bersabar

TANGGUH dahulu ibadah haji dan umat Islam di negara ini diharap bersabar terutama mereka yang sudah membuat persiapan.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary, umat Islam di negara ini diharap menerima keputusan Arab Saudi yang meminta menangguhkan rancangan menunaikan haji.

Ini berikutan penularan wabak COVID-19 yang telah sehingga kini telah membunuh lebih 40,000 orang di seluruh dunia dan menjangkiti 800,000 orang.

Ahmad Marzuk berkata, kerajaan akur dengan pendirian Arab Saudi untuk tangguh dan terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan kerana lebih memahami keadaan di sana.

Bagaimanapun kerajaan akan mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa kebarangkalian terdapat pengumuman lain selepas ini.

“Mudah-mudahan mereka (bakal jemaah haji) juga dikira sebagai orang yang mendapat ganjaran pahala kerana sudah mula dengan niat baik, namun terdapat halangan tertentu.

“Biasanya, mereka yang bakal menunaikan ibadat haji tahun ini sudah dimaklumkan awal dan sudah mendapat surat untuk persediaan,” katanya kepada Berita Harian ketika dihubungi.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Mohammed Saleh Benten, meminta umat Islam untuk menangguhkan rancangan menunaikan haji sehingga wabak COVID-19 dapat dikawal.

Wabak Covid-19 telah menular termasuk di negara kita sehinggakan Solat Jumaat diganti dengan Solat Zuhur .

Pada masa ini kerajaan Arab Saudi telah melarang ibadah umrah dan turut mempertimbangkan untuk menutup kepada ibadah haji jika COVID-19 belum dapat ditangani walaupun Hari Raya Haji adalah pada 31 Julai.

Catatan sejarah memperlihatkan penutupan ibadah haji pernah dilakukan. Pemerintah di Mekah dan Madinah menutup daripada ibadah haji sebanyak 40 kali.

Menurut data Jejak Imani Umrah & Islamic Tours, epidemik yang melanda tanah suci pernah terjadi. Beberapa di antaranya akibat wabak yang terjadi.

Ini terjadi kerana perhimpunan besar-besaran akan memudahkan lagi virus berkenaan menular.-SM

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button