Nasional

Covid-19: Sesungguhnya kita berhadapan malapetaka yang dahsyat, kata Tun M

COVIT-19 bukan sahaja merupakan serangan wabak yang mengakibatkan maut tetapi juga merupakan satu malapetaka yang dahsyat terhadap ekonomi negara dan dunia.

Bekas Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, wabak Covid-19 adalah sesuatu yang tidak pernah ada sebelum ini.

Untuk menguruskan jangkitan atau penularan wabak ini manusia terpaksa diasingkan dan menyebabkan kesan ekonomi yang lain. Kesanya, semua orang kini berhadapan dengan malapetaka yang dahsyat.

“Apa yang berlaku di Malaysia sedang berlaku di seluruh dunia juga. Industri mungkin perlu berhenti atau sekurang-kurangnya mengurangkan pengeluaran. Eksport dan import akan terjejas.

“Ekonomi akan mengalami kemelesetan di seluruh dunia. Malah negara kaya akan menderita. Sesungguhnya kita semua berhadapan dengan malapetaka yang dahsyat,” kata Dr. Mahathir.

Menurut Dr. Mahathir, Covid-19 menjejaskan industri berkaitan pelancongan. Syarikat penerbangan, pengangkutan darat, hotel, restoran akan terkesan.

Pekerja juga berhadapan risiko untuk dibuang kerja kerana majikan tidak mendapat cukup wang untuk membayar gaji.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga akan kehilangan banyak pendapatan kerana industri pelancongan merupakan penyumbang hasil pertukaran asing kedua terbesar selepas Petronas.

Pakej rangsangan ekonomi pula melibatkan peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan dan penurunan cukai.

Memenuhi perbelanjaan tambahan ini dengan hasil kerajaan yang berkurangan merupakan cabaran besar, jelas Dr. Mahathir. Bagi perusahaan kecil, kerugian yang akan mereka tanggung akan menjadi sangat teruk.

“Orang-orang ini mendapat hari ini untuk hari ini. Sekalipun mereka mampu melakukan perniagaan, tidak akan cukup untuk membayar makanan mereka. Kerajaan mungkin memberi mereka sokongan kewangan.

“Sementara itu, Perintah Kawalan Pergerakan juga akan mengurangkan perniagaan dan keuntungan. Sekali lagi, hasil kerajaan akan terjejas,” jelas Dr. Mahathir.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button