Nasional
Covid-19: Muhyiddin hanya alami gejala ringan
“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).
Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam hantaran ke Facebook beliau.
Mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.
”Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.
Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” kata beliau.
Presiden Bersatu itu sebelum ini menghadiri beberapa majlis di Johor berikutan pilihan raya negeri.