Sukan

Covid-19: MPM sokong Sukan Para ASEAN 2020 batal

MPM setuju Sukan Para ASEAN 2020 yang sepatutnya dianjurkan di Filipina dibatalkan.

Keputusan pembatalan itu dibuat Presiden Persekutuan Sukan Para Asean (APSF), Micahel Barredo, pada Jumaat lalu.

Pembatalan itu dibuat sebagai langkah melindungi kakitangan dan atlet sukan daripada wabak Koronavirus (Covid-19).
[expander_maker id=”1″ more=”Baca Lagi” less=”Tutup”] Badan induk Para Asia Tenggara itu dilapor meluluskan pembatalan tersebut selepas menerima surat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sukan Filipina (PSC) pada 8 Jun lalu.

“Bagi pihak MPM kami meyokong penuh keputusan ini dan berasa lega kerana perkara ini telah selesai.

BACA > Covid-19: 15 kes baharu termasuk 12 kes kluster Pedas — Suara Merdeka

“Kini fokus kami adalah untuk mempersiapkan atlet ke Sukan Para ASEAN 2021.

“Kami juga akan bekerjasama dengan pihak Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara dan semua persatuan sukan Para kebangsaan.

“Kerjasama tersebut bertujuan mencapai keputusan yang lebih memberangsangkan berbanding temasya Kuala Lumpur 2017.”

Kata MPM dalam satu kenyataan hari ini yang mengakui beberapa perubahan ketara akan berlaku dalam penganjuran sukan itu di Hanoi nanti.

BACA > Sasar 40,000 peluang pekerjaan hujung 2020 — Suara Merdeka

Susulan itu, kini fokus APSF membuat persiapan awal dan koordinasi kejayaan penganjuran Sukan Para ASEAN di Vietnam pada Disember 2021.

“Ia merupakan kali kedua Vietnam diberikan hak sebagai tuan rumah temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu.

“Kali terakhir negara tersebut menganjurkannya adalah pada 18 tahun lalu.

“Sebagai persiapan awal dan langkah berjaga-jaga, pihak BoG APSF akan mengadakan mesyuarat pada Disember nanti.

“Mesyuara itu akan membincangkan penyelerasan bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan Para ASEAN 2021 Vietnam dan semua pemegang taruh.

BACA > Belum ada kata putus Kalonda sarung jersi kebangsaan — Suara Merdeka

“Semua atlet dan kontinjen dari setiap negara sudah tentu teruja dan tidak sabar untuk ke Sukan Para ASEAN 2021 Hanoi,” jelasnya. – SM
[/expander_maker]

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button