Luar Negara

Covid-19: Kubur tumpang atasi krisis tanah perkuburan untuk kebumi mangsa di Jakarta

DISEBABKAN tanah perkuburan yang khusus untuk mengebumikan mangsa Covid-19 yang meninggal dunia sudah penuh maka pihak terbabit kini memperkenalkan konsep kubur tumpang di Jakarta.

Sebelum ini mayat mangsa Covid-19 hanya dikebumikan di tanah perkuburan umum yang khusus iaitu Tanah Perkuburan Pondok Ranggon di Jakarta Timur dan Tegal Alur di Jakarta Barat.

Namun kini kedua-dua tanah perkuburan itu sudah tidak mampu menampung mangsa pandemik itu dan terpaksa menggunakan tanah perkuburan umum yang lain.

Penanggung Jawab Pelaksana Pemakaman Covid-19 Pondok Ranggon, Muhaemin berkata, ini termasuk menggunakan kaedah kubur tumpang.

Sistem tumpang dalam mengebumikan mayat pesakit Covid-19 bermaksud mayat akan dikebumikan dalam satu liang angota keluarga yang sudah meninggal dunia yang dipilih.


Pun begitu pengebumian tetap mengikuti protokol Covid-19, dengan petugas tetap mengenakan alat perlindungan diri  sebagaimana di TPU khusus.

Muhaemin menjelaskan, ada sejumlah syarat yang harus dipenuhi keluarga sebelum mengebumikan mayat pesakit Covid-19 secara tumpang.

Pertama, liang lahat harus berisi jenazah dari kalangan keluarga dalam satu Kepala Keluarga (KK).

“Hanya menggunakan sistem tumpang dengan jenazah keluarga sebelumnya yang sudah lebih dulu dimakamkan,” katanya.

Syarat kedua, kata Muhaemin, petak liang lahat yang bakal digunakan secara tumpang wajib memenuhi kriteria ukuran sesuai ukuran keranda.

Ukuran tersebut memiliki lebar 90 sentimeter dengan panjang 210 sentimeter.

“Jarak dengan sumber air warga minimum 50 meter,” ujar Muhaemin.

Syarat seterusnya ialah jarak dengan permukiman penduduk dari tanah perkuburan minimum 500 meter sesuai dengan standard daripada Kementerian Agama. – Tibunnews

(Visited 205 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button