Nasional

Covid-19: Khutbah Jumaat dipendekkan

BEBERAPA panduan akan dikeluarkan untuk mengerjakan solat fardu Jumaat berikutan penularan wabak Covid-19 yang kini telah menjangkiti lebih 100,000 orang dan menyebabkan lebih 4,000 kematian di seluruh dunia.

Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkata, antaranya saranan yang akan diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah memendekkan khubtah Jumaat, memilih kawasan yang selamat dan jemaah akan dinasihatkan untuk mengembil wuduk di rumah.

Saranan itu termasuk dalam lima kertas kerja berkaitan Covid-19 bagi solat Jumaat dan aktiviti keagamaan untuk dibentang di Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan berhubung penularan wabak koronavirus itu.

“Pihak masjid perlu sediakan cecair pembasmi kuman dan perhimpunan dilakukan di tempat yang tidak terlibat dengan Covid-19,” kata Zulfili dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu, perbincangan mengenai kertas kerja itu, yang akan memasukkan panduan berkaitan akan diputuskan dalam masa 2 atau 3 hari lagi.

Related Articles

“Ini termasuk bersalaman, kenduri kahwin dan pengurusan jenazah…beberapa saranan akan kita kemukakan,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button