Rencah Hidup

Baja organik Dr. Rozmey cetus fenomena luar biasa industri pertanian padi

BAJA organik DDR Bio Grow hasil formulasi daripada usahawan, Datuk Dr. Rozmey Che Din yang telah banyak membantu para petani khususnya dalam bidang tanaman padi telah mencetuskan fenomena luar biasa dalam industri pertanian.

Baja yang telah diperkenalkan sejak awal tahun lalu itu kini berjaya meningkatkan hasil padi sebanyak 80 peratus kepada 3.55 tan untuk 0.3 hektar (satu relung) semusim berbanding 1.8 tan padi semusim.

“Hasil yang diperolehi petani kini bersamaan dengan 12 tan padi daripada kawasan seluas satu hektar yang mana ia telah melepasi sasaran industri padi dan beras negara.

Kadar yang ditetapkan ialah 10 tan daripada satu hektar sawah di Kedah dan Perlis.

Menurut Rozmey, ternyata keputusannya yang beralih kepada bidang pertanian kini telah berjaya membuahkan hasil apabila beliau berjaya membawa pembaharuan dalam aspek pengurusan padi di negara ini.

“Sekali gus ia telah membantu meningkatkan pendapatan para pesawah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Jitra, Kedah baru-baru ini.

Rozmey menjelaskan, baja yang yang diekstrak daripada kulit udang dan cengkerang ketam itu kaya dengan NPK (unsur utama) dan trace element (unsur surih).

Tambah beliau, melaluinya ia akan dapat membantu dalam proses pembentukan akar dan penyerapan nutrient dalam tanah, kaya dengan PGR (plant growth regulator), penggalak, pembesaran tumbuhan serta memperbaiki dan meningkatkan hasil tanaman kepada 100 peratus berbanding 30 peratus sebelumnya.

Baja ini juga mengandungi hasil lautan seperti kitosan dan rumpai laut sebagai pendorong bagi pembesaran dengan meningkatkan pemecahan sel-sel tumbuhan bagi merangsang pertumbuhan, mempercepatkan peningkatan proses fotosintesis serta menjalani prose pembesaran yang lebih baik.

“Pertahanan dan sistem imunisasi tumbuhan dengan memperbaiki keupayaan daya pertahanan terhadap jangkitan kuman dan serangan serangga serta penggalak tumbuhan dan perkembangan hasil buah dengan peningkatan keupayaan serapan unsur nutrien dalam tanaman.

“Selain itu, ia juga merawat serangan penyakit bermula daripada akar, batang hingga hasil. Ia juga mengurangkan kos baja dan rawatan pokok serta meningkatkan pendapatan petani,” katanya.

Rozmey menjelaskan, menerusi kajian dijalankan mendapati kuasa bio mampu membantu menjadikan tanah subur dan gembur serta kaya dengan organik dan bakteria yang baik.

“Ia memberikan pulangan hasil tanaman tinggi, perkembangan buah dan tanaman memuaskan, menggalakkan akar lebat, serapan air dan baja yang efektif, tanaman sihat dan hijau serta pembesaran tanaman cepat,” katanya.

Selain tanaman padi, Rozmey berkata, baja DDR Bio Grow juga sesuai untuk semua jenis tanaman pertanian.

Tambah beliau, pengunaan baja DDR terbukti dapat menjimatkan kos baja bersepadu sebanyak 40 peratus dan petani kini bebas daripada penggunaan racun kimia dan bebas dari serangan pelbagai penyakit tanaman.

“Ia juga termasuk penjimatan wang daripada penggunaan racun kimia dan penjimatan baja kimia.

Sementara itu, mengulas mengenai keberkesanan baja organik DDR Bio Grow, seorang petani, Kamal Yatim, 54 berkata, kesan penggunaan baja tersebut, ia telah mengubah lanskap pertanian yang diusahakannya sejak lebih 40 tahun lalu.

Menurut beliau, ini kerana hasil padinya telah meningkat lebih sekali ganda dari sebelumnya.

“Semenjak saya menggunakan baja DDR,  hasilnya menggalakkan berbanding baja yang pernah saya cuba sebelum ini.

“Dengan menggunakan baja organik tersebut, hasil terus meningkat 2.63 tan untuk 0.75 relung atau 0.218 hektar,” katanya.

DDR Bio Grow didatangkan dalam saiz 1 liter (RM65) dan 4 liter pada harga RM199. Maklumat lanjut, layari ddrbiogrow.com atau hubungi 012-2627125. – SM

(Visited 797 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button