Negeri
Covid-19: Katil pada kapasiti maksimum
Kapasiti katil bagi menempatkan pesakit Covid-19 di seluruh Sabah sudah mencapai tahap maksimum.
Katil-katil itu termasuk katil di hospital kerajaan dan pusat-pusat kuarantin yang disediakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 5,651 buah katil tersedia untuk menempatkan pesakit Covid-19 di Sabah dan daripada jumlah itu, 5,624 katil atau 99.5 peratus.
Atas sebab itu, 23 pusat rawatan atau wad tambahan dibuka bagi menempatkan pesakit Covid-19 yang berisiko rendah atau berada pada tahap satu dan dua.
“Ini bagi membolehkan hospital menyediakan katil bagi menempatkan pesakit yang berisiko tinggi,” katanya semasa sidang media perkembangan Covid-19 negeri Sabah, di Kota Kinabalu hari ini.
Dalam perkembangan lain, Masidi berkata, JKNS sedang menyelesaikan sampel ujian Covid-19 tertangguh yang belum diproses.
Dengan tambahan tiga makmal swasta, beliau berharap pemprosesan sampel tertangguh itu dapat diselesaikan segera. Ini bagi membolehkan angka sebenar kes-kes baharu dilapangan dapat memberi cerminan yang sebenar.