Nasional

COVID-19: Inisiatif ‘Perlis Mengaji’ semarak ilmu sempena pelanjutan PKP

INISIATIF ‘Perlis Mengaji’ merupakan usaha ke arah menyemarakkan budaya ilmu ketika pelanjutan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP).

Program atas talian yang melibatkan penyertaan orang ramai melalui strim langsung (livestreaming).

Strim dibuat di platform laman Facebook rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Suara Sunnah ini telah bermula sejak 17 Mac lalu.

Pelbagai slot seperti ‘Kuliah Subuh’, ‘Kuliah Dhuha’, ‘Program Bual Bicara’, ‘Pembelajaran Kelas Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs)’ dan juga sesi-sesi penerangan.

Ia disampaikan oleh wakil daripada pelbagai agensi kerajaan telah dan bakal dilaksanakan sepanjang inisiatif.

Usaha itu diperkenan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Program ini juga merupakan antara inisiatif MAIPs yang dilaksanakan oleh JAIPs bagi melestarikan lagi amalan yang sahih dan menyemarak budaya mencintai ilmu pengetahuan.

Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan melahirkan rasa syukur atas sokongan semua pihak dalam menjayakan program ini.

“Antara pencapaian program Perlis Mengaji adalah ia bakal melaksanakan Khatam Bacaan 30 juzuk Al-Quran pada 31 Mac 2020, dan program bacaan tersebut akan disambung lagi untuk sesi kedua yang akan berakhir pada 14 April 2020,” tambah beliau.

Pihak MAIPs dan JAIPs juga mengalu-alukan usahasama baru menjayakan akses “Tuisyen Perlis Mengaji” yang dipersetujui pada 29 Mac untuk turut melibatkan penglibatan Kerajaan Negeri bersama MAIPs dalam platfom ini dengan diurus setiakan oleh JAIPs manakala tenaga pengajar adalah terdiri daripada kepakaran guru-guru Jabatan Pendidikan Negeri Perlis bermula 1 hingga 14 April 2020 ini melibatkan 56 jam waktu pengajaran dan pembelajaran.

Kelas tuisyen berkenaan akan melibatkan persediaan membantu para pelajar bagi peperiksaan UPSR serta subjek-subjek teras SPM, serta kaunseling pembelajaran peperiksaan PT3 dan subjek elektif SPM.

Pelaksanaan tuisyen ini merupakan usaha bagi membantu rakyat Perlis khasnya golongan pelajar dan ibu-bapa untuk meneruskan proses pembelajaran kendiri di rumah walaupun semasa menghadapi cabaran penularan pandemik wabak COVID-19.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button