KesihatanNasional

Covid-19: Dos penggalak keempat di peringkat kajian

ADA yang sudah menjangka adanya dos penggalak keempat pandemik Covid-19 di mana kayu pengukur terhampir ialah negara Republik Singapura yang mana rakyatnya terlebih dahulu menerima suntikan dos penggalak keempat.

Tidak perlu netizen menyahang tentang suntikan  keempat ini tetapi kalau sudah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) rajin untuk memberikan pencerahan, kita dengar.

Katanya, ketika vaksin Covid-19 dibangunkan, tiada varian Delta atau Omicron.

Katanya lagi, SARS-CoV2 adalah ‘novel’ koronovirus iaitu virus baharu yang pasti akan melalui mutasi.

“Apabila kita lebih tahu kesan mutasi, respons kita perlu juga berubah. Di sesetengah negara, flu jab diambil setiap tahun,” ujarnya.

Jelasnya lagi, buat masa sekarang kita tahu satu dos penggalak diperlukan, lebih dari itu, akan dikaji dari masa ke semasa apabila data saintifik baharu muncul.

Beliau berkata, paling penting ialah respons mengikut data yang baharu dan ini yang dimaksudkan dengan respons yang evidence-based.

Memetik laporan Gempak, Reuters melaporkan, kajian mendapati penerima Sinovac dengan dos penggalak Pfizer menghasilkan tindak balas antibody terhadap Omicron yang sama dengan penerima vaksin mRNA dua dos tanpa penggalak. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button