Politik

Covid-19 dan krisis politik: Perlu diisytihar daruratkah?

PETANG Jumaat siang tadi agak mendebarkan kerana ada kedengaran berita, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan dalam perjalanan menghadap Yang di-Pertuan Agong  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Bagaimanapun, lokasinya bukan di Istana Negara dan ramai yang tidak dapat menghidu khabar angin ini dan apakah tujuannya, JIKA BENAR, hanya Muhyiddin sahaja yang tahu sebab musababnya beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Dari kacamata pemerhati senario politik negara, ada yang berpendapat, kalau Perdana Menteri mahu melantik Timbalannya, sudah pasti sekarang inilah masanya untuk dibuat pelantikan.

Kalau dilantik, individu yang dirasakan patut menjawat jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) kalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Akan tetapi, ada yang berpendapat, disebabkan ego, kemungkinan melantik Zahid Hamidi sebagai TPM tidak akan menjadi satu kenyataan.

Walaupun UMNO menyokong Perikatan Nasional sehingga terbentuknya kerajaan hari ini dipimpin oleh Muhyiddin namun itu tidak menjadi kunci utama untuk Ahli Parlimen Bagan Datok ini dilantik sebagai second person in command!

Ada juga yang mengharapkan, dalam diam-diam, Muhyiddin menghubungi Zahid Hamidi untuk berbincang. Itu harapan tetapi mungkin sahaja harapan tinggal harapan.

Lazimnya kita akan membaca sesuatu itu dari sudut maksud yang tersurat. Jarang ditafsirkan dari sudut tersirat.

Memang sekarang ini, Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong tetapi pokok bicaranya ialah berkenaan dengan kes Covid-19 yang mencatatkan jumlah yang agak membimbangkan.

Jadi, ada yang berkata, itulah sebabnya TSMY menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Apabila kedengaran pula ura-ura akan diumumkan darurat dalam negara susulan daripada Perdana Menteri menghadap Agong petang tadi, timbul persoalan, siapakah yang sebenarnya ‘darurat’?

Kalau ikut apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa, individu yang benar-benar darurat pada ketika ini ialah Muhyiddin sendiri, bukannya negara.

Kata presiden parti itu, Mohamad Sabu, Muhyiddin pada ketika ini berdepan dengan darurat bagi mempertahankan kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Benarkah?

“Jika alasan Covid-19, kita sudah ada undang-undang yang boleh digunakan untuk membasmi wabak ini dengan berkesan tanpa perlu kepada pengisytiharan darurat kepada negara,” kata Mohamad dalam satu kenyataan.

Mungkin juga pertemuan Muhyiddin petang tadi dengan Yang di-Pertuan Agong adalah serampang dua mata dari perspektif kita yang berada di luar sini.

Selain penularan wabak Covid-19, juga disebabkan susulan krisis politik dan biarlah negara kita terus aman. Jangan ada yang berputih mata disebabkan kerakusan kuasa yang didambakan. Umpama kata Wira PUTRA, kalau berlaku darurat, biarlah lantik pemimpin yang beringegriti! Siapa? – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button